Friday, 23 September 2016

PHILIPS Pressure Cooker : Pulut Durian

September 23, 2016 4 Comments
Assalamualaikum dan hello :)

Busy minggu ni. Dah selesai kerja berkaitan audit dalaman, sekarang kena concentrate untuk anugerah pejabat pula.  Mula-mula nak marah juga bila dapat task yang sama ni, bertahun. Sebab dah bagitahu bos awal-awal bagi pada staf lain sebab asyik-asyik liza, asyik-asyik liza. Kerja pecah kepala je bagi kat liza emmm.. Lagipun idea sama, tak fresh. Kalau bagi pada staf lain, idea berbeza, nampak lah kelainannya, inovasinya, kreativitinya yang lain dari biasa. Tapi dah SYMP, terpaksa terima juga. Nak buat macam mana? kulikutif je :).


Ok, kali ni just nak share percubaan masak pulut durian. Honestly, saya tak pernah makan pulut durian. Dan actually, pulut sendiri pun saya kurang gemar sebenarnya. Tapi anak-anak saya memang suka makan pulut. Maybe ikut selera ayah mereka kot. Durian, saya suka. Tapi anything yang masak bersama durian, saya tak suka hehe... 

Husband request masakkan pulut durian masa cuti Aidiladha haritu. Pening juga nak layan permintaan masakan yang saya tak pernah masak/ makan ni. Tapi jarang sangat (or tak pernah) saya kata 'no' bila husband/ anak request nak makan itu ini. Kalau boleh diusahakan, saya usahakan juga lah. So lepas google sana sini, husband pun guide sikit-sikit... Taraaaa.... inilah hasilnya. 


Dah siap tu saya cuba juga makan, tapi emmmm tak lalu tekak lah. Maaf huhu... Saya cakap dengan husband, tak makan tak apa kan.. janji apa yang dia nak makan, saya boleh buatkan...hehe... 

Pulut Durian ni saya masak guna PHILIPS Pressure Cooker sahaja. Memang mudah sangat dan cepat. Pulut jadi lembut dan gebu sampai ke malam pun masih lembut lagi. Saya makan dengan sambal ikan bilis baru lalu hehe...


Mudah je..

Pulut Durian PPC
oleh : Norliza Othman

Bahan :
4 cawan pulut
4 cawan air
(nisbah pulut : air = 1 : 1, jadi boleh kurangkan ikut suka)

Cara :
Pulut dibasuh, tos dan masukkan dalam inner pot (tak perlu rendam)
Masukkan air ikut sukatan
On mode 'steam/stew'
Ubah KPT (Keep Pressure Time) kepada 7 minit
Knob di 'sealed'
Lepas siap masak, boleh gembur dan hidangkan.

Bahan lain:
Gula melaka/ gula kabung/nisse yang diparut
Santan segar dimasak sebentar dengan sedikit garam
Isi durian




Pulut 4 cawan sebenarnya terlalu  banyak untuk kami sekeluarga. Biasanya kalau masak nasi pun maksimum 2 cawan beras dah memadai. Ni sebab nak habiskan stok pulut yang ada :)
Jadi sukatan pulut tu ikutlah biasa makan banyak mana hehe....

Ada kawan yang bagitahu, pulut yang dia masak ada yang jadi kurang masak. Saya tak pasti jenis-jenis pulut yang ada kot berbeza-beza. Pulut ni saya beli dah siap timbang (pre-pack) di Hero Market je. Belum cuba lagi pulut jenama lain. :D

Apapun saya bersyukur sebab berbaloi adanya PHILIPS Pressure Cooker di rumah sekarang. Even husband  pun puas hati gadjet ni digunakan sepenuhnya hehe... Terima kasih abang sebab sponsor :).. Lepas ni boleh sponsor Air Fryer pulak hihihiii....

Notakaki:
PHILIPS pressure cooker ni saya beli dari website Lazada je. Mudah dan dapat harga terlajak best! RM299 aje tau.

Hehe... Rajin-rajin la tengok link tu ye kot dapat offer terbaik.. 

Wednesday, 14 September 2016

PHILIPS Pressure Cooker : Ayam Bakar (Cubaan Pertama)

September 14, 2016 2 Comments
Assalamualaikum dan hello :)

Salam Aidiladha..
Mesti ramai yang masih bercuti tapi since saya hanya beraya di Selangor je tahun ni (sebab tengah sarat mengandung), hari Selasa dah masuk pejabat :). Tak ramai pun yang ada. 5 orang je kat Tingkat 10 ni.

Tapi yang bagusnya jalan tak jem.. hoorayy.. pergi balik kerja laju aje drive hehe...
Balik kerja sampai rumah pun kira awal lah juga. Boleh lah nak masak dinner. Time sarat tak sanggup nak berdiri lama kat dapur. Sejak anak 2nd bila kandungan besar aje, adalah lower back pain bila berdiri lama-lama ni.

Tapi bersyukur dengan adanya PHILIPS Pressure Cooker ni, just campak-campak, tekan-tekan, beep... dah masak :). Dapur pun tak berkecah dah.  

Semalam kali pertama nak guna function 'Bake' dan nak guna preset timer yang dah di set kan. Cuba try test :D. So menu yang nak dicuba adalah Ayam Bakar. Bahan apa yang ada dalam peti ais sahaja. Ayam pun cuba yang masih beku lagi. Tak thaw.

Set dinner. Tak masuk dalam gambar, Oregano Buttered Rice dan Sos lada hitam

Ayam Bakar PPC
oleh : Norliza Othman

Bahan-bahan:
2 ketul peha ayam (whole leg)
3 ulas bawang putih (cincang) 
3 tbsp herba campuran (mixed herbs)
3 tbsp sos tiram
2 tbsp minyak bijan
1 tsp serbuk lada hitam
sedikit garam

2 biji kentang (potong 4)
1 biji bawang besar (potong 4)
1 batang lobak merah (potong besar2)
Cara-cara :
  1. Gaul ayam dengan semua bahan-bahan.
  2. Masukkan dalam PHILIPS Pressure Cooker
  3. Tekan 'Bake - Chicken' (masa secara automatik ditetapkan pada 18 minit)
  4. Tombol/knob/valve di posisi 'Bake' (kiri sekali)
  5. Tekan 'start'
  6. Tunggu siap.
ayam nampak togel sebab kulit ayam dah kena cilok dengan Ammar.. tak sabar nak makan dah hehe

Saya hidang dengan Oregano Buttered Rice (Nasi Mentega Oregano) yang juga dimasak dalam PPC selepas ayam siap masak. Dan coleslaw serta sos lada hitam.  Tapi tak snap pula sebarang gambar hehe...

HASIL :
  1. Hasil Ayam Bakar PPC ni, rasanya sedap! Walaupun bahan tidaklah banyak dan canggih mana.
  2. Dan ayam cukup masak dan lembut walaupun ayam tu beku-beku masuk dalam PPC :). 
  3. Cuma sayuran memang terlajak masak, jadi terlalu lembut kentang, lobak merah dan bawang, ada juga yang hangus sebelah hehe. 
  4. Ayam terlebih browned/charred (hangus) di sebelah sahaja sebab tak terbalikkan ayam dari mula memasak.
Ada bahagian kentang yang terlajak hangus hehe... tak apa kita perbaiki lagi.. tapi rasa mantop

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
  1. Sayuran tak dimasukkan bersama ayam pada awal masa memasak untuk elak terlebih masak/hangus.
  2. Mungkin boleh masukkan sayuran di pertengahan masa memasak = 9minit.
  3. Terbalikkan ayam supaya kesan 'hangus/charred/browned' itu sekata juga di pertengahan masa memasak = 9minit.

Ok, boleh cuba lagi buat ayam bakar lepas ni yeayyy!!! Kita cuba dengan cadangan penambahbaikan ni dan tengok macam mana pula hasilnya ye :D

Notakaki:
PHILIPS pressure cooker ni saya beli dari website Lazada je. Mudah dan dapat harga terlajak best! RM299 aje tau.

Hehe... Rajin-rajin la tengok link tu ye kot dapat offer terbaik.. 

Friday, 9 September 2016

PHILIPS Pressure Cooker : Nasi Goreng Fishcake & Sosej Lada Hitam dan Tips

September 09, 2016 2 Comments
Assalamualaikum dan hello :D

Baru dapat bersiaran. Minggu ini kesibukan dengan urusan audit dalaman di CSFJ. Selaku urusetia, kena jadi auditee juga. Banyak yang perlu diuruskan. Tapi itu hal di pejabat lah. Sampai rumah, dah perlu tukar 'topi' dan 'uniform' juga. Jadi mak, chef dan lain-lain :).

Nak buat pengakuan, sejak dapat dan guna Philips Pressure Cooker (PPC), rasa macam malas pula nak masak dengan dapur gas. Pulak dah hehe... Senang kerja sangat bila guna PPC ni. Even, masa penyediaan lagi lama dari masa masak. 

Ok kali ini nak share resipi masak Nasi Goreng Fishcake & Sosej Lada Hitam guna PPC. Dua menu ni masak sekali jalan tau. Siap 2 menu dalam 7 minit sahaja. Amacam? :). Nasi goreng fishcake ni dilihamkan dari menu Nasi Goreng Yong Chow kat Orchid Bistro. Actually macam nasi goreng cina aje pun.

 

Macam mana masak sekali jalan? 

Senang aje. Masak 2 layer. Bahagian bawah (dalam periuk PPC) masa nasi goreng, atas masak sosej lada hitam ala-ala teknik kukus. Untuk masak macam tu kena ada peralatan tambahan iaitu mangkuk tahan panas macam stainless steel, pyrex, seramik dan lain-lain. Dan satu lagi alatnya adalah pelapik periuk, lapik pengukus atau 'trivet'.

Saya guna lapik periuk yang dibeli di Aeon Big bahagian alat memasak. Kena ukur dulu diameter dalam periuk takut nanti tak muat. Dan kakinya kena cari yang 'bulat' atau tak tajam so tak akan mencalarkan dasar periuk PPC.



Ok jom kita tengok resipi sempoi ni. Jangan lupa baca Nota/Tips yang ada ye.

Sosej Lada Hitam PPC
oleh : Norliza Othman


4 batang sosej ayam (hiris) - kalau beku pun tak apa. Tak perlu thaw :)
2 tbsp sos tiram
1 tbsp kicap
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 labu bawang besar (potong baji)
3 biji cendawan shitake kering (basuh dan potong)
1/2 biji tomato (potong baji)
daun bawang (potong 1inci)

Cara :
1. Gaul semua bahan dalam mangkuk tahan panas (kecuali tomato & daun bawang).
2. (Lihat langkah no.5 - 9 dalam resipi Nasi Goreng Fishcake)


3. Dah siap masak, masukkan hirisan tomato dan daun bawang, gaul-gaul. Boleh biarkan sekejap untuk bagi haba yang tinggal memasakkan tomato & daun bawang.

Nasi Goreng Fishcake PPC
oleh : Norliza Othman


Bahan-bahan:
2 cawan beras
2 cawan air (bergantung pada beras yang digunakan)
1/2 labu bawang besar (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1/2 cawan hirisan kobis
1/2 batang lobak merah (hiris batang mancis)
Fishcake (yang bergoreng) hiris - kalau guna yang panjang boleh guna 2 batang
Garam
Serbuk Lada hitam

Cara-cara:
1. On PPC, tekan mode 'steam/stew', set 'keep pressure time (KPT)' sehingga 7 minit. Tekan 'start'. PPC akan mula pemanasan/ 'heating'. Masa ni kita boleh tumis-tumis apa yang patut.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih sekejap.
3. Masukkan hirisan fishcake dan kacau sebentar.


4. Masukkan beras, air, lobak merah & kobis. Rasakan garam, lada hitam.
5. Letakkan pelapik periuk/ 'trivet'

6. Letakkan mangkuk tahan panas (berisi sosej) ke atas pelapik tadi.
7. Tutup PPC, pastikan valve di 'sealed/pressure'.
8. Tunggu... sampai masak :)

9. PPC bunyi (tanda masa memasak tamat) dan akan automatik ke fasa 'keep warm'. Pusing valve ke 'vent' perlahan-lahan untuk keluarkan wap/tekanan. Berhati-hati dengan tangan anda ya, wap panassss :D


10. Gaul-gaulkan nasi. Boleh dihidangkan.

NOTA / TIPS MEMASAK DENGAN PHILIPS PRESSURE COOKER (PPC)
  1. Sekiranya PPC dah mula tunjukkan masa memasak walaupun penutup PPC belum dipasang, off semula PPC dan set semua 'steam/stew', KPT 7 minit dan tekan 'start'.
  2. Semasa proses pemanasan/'heating', panel PPC akan tunjuk 'pusing-pusing' je. Belum tunjuk masa lagi. 
  3. Proses 'heating' dan 'build up pressure' akan mengambil masa bergantung kepada jumlah bahan/cecair di dalam PPC. Harap bersabar ye sebelum anda melihat masa memasak 7 minit terpapar di panel PPC :D
  4. Sukatan untuk masak nasi dalam PPC biasa dicadangkan nisbah 1 beras : 1 air.  Tapi pastikan juga paras air dapat menutupi/sama paras dengan beras. Rata-ratakan beras dalam periuk. Sekiranya dengan nisbah 1:1, beras lebih tinggi dari air, cuba tambahkan air sekadar beras dapat tenggelam. Sebabnya kadang-kadang bahagian atas nasi tak cukup masak.
  5. Sekiranya nak letak sayur yang cepat masak/lodoh cth: sayuran berdaun, elak dari masukkan terlalu awal. Disarankan selepas masa memasak tamat dan wap telah dikeluarkan, masukkan sayuran tersebut, gaul-gaul dan tutup semula penutup PPC sebentar. Haba yang masih ada akan memasakkan sayuran tersebut.
  6. Masa nak pusing valve ke 'vent', pastikan tangan anda tak berada di atas lubang yang akan mengeluarkan wap panas itu. Boleh tolak perlahan-lahan guna senduk. Elak dari pusing valve sepenuhnya. Terkejut nanti dengan wap tu. Biar keluar perlahan-lahan. Boleh juga letakkan kain lembap atas lubang wap untuk elak air terpercik merata-rata (terutamanya kalau masak berkuah).
  7. Bila nasi dah masak, boleh segera hidangkan dalam bekas lain atau keluarkan dari periuk PPC. Sebab haba yang ada masih boleh memanaskan nasi dan seterusnya menjadi berkerak.
Ok selamat berPPC :D

Notakaki:
PHILIPS pressure cooker ni saya beli dari website Lazada je. Mudah dan dapat harga terlajak best! RM299 aje tau.

Hehe... Rajin-rajin la tengok link tu ye kot dapat offer terbaik..

Thursday, 1 September 2016

Yeayyy!! Philips Pressure Cooker in the house :D

September 01, 2016 0 Comments
Assalamualaikum dan hello ;D

Hehe.. baru aje tulis entry mengidam nak beli Philips Pressure Cooker ni.. Tup tup dah pun sampai rumah. Dah guna 3 hari dah pun untuk masak 3 kali dinner. :D


Sejak mengidam nak beli tu hari-hari kejap-kejap tengok website nak tengok harga kot-kot tiba-tiba ada offer menarik. Tengok website Lazada, 11street, Gemfive, Blipmy.  Dalam sejarah yang orang-orang dok pernah beli ni kat Lazada paling rendah pernah offer RM259. Kedua rendah RM299. And so on.. biasa-biasa offer pun RM349 untuk model warna bronze HD2139 ni. 

So dengan tak semena-mena, Jumaat lepas petang dalam pukul 4 lebih jugak la gatal tangan bukak Lazada. Tengok-tengok ada offer RM299. Terus tak keruan, nak beli ke tak. Nak tunggu RM259 ke tak.. Aihh memang terasa kalut hati tu, berbelah bagi. Karang dok tunggu lagi melepassss... So klik je beli. Try nak guna voucher, tak boleh! sebab produk kategori Best Seller. Tak boleh guna baucer.. Caitt.. Ada delivery caj jugak. Tapi kira-kira masih murah. Dengan kos delivery total harga RM312.20. 


Lepas je klik checkout, cash on delivery, terus tup tup harga jadi RM319. Bukak balik Lazada harga dah jadi RM349 dah... fuhhhhh legaaaa... sempat grab offer walau dalam kekalutan hihi... Hari Isnin pressure cooker idaman pun dah sampai rumah :D.

Asalnya ingat nak terjah warehouse sale Philips kat PJ yang mula esok. Kot lah kan harga Philips Pressure Cooker ni murah ke dari wabsite yang ada. Tapi ada yang bagitau warehouse sale Philips ni takde offer sangat pun untuk produk yang banyak permintaan ni. Tu yang berbelah bagi nak beli ke tak. Tapi memang tak tahan lah weh bila dah join FB group pengguna-pengguna Philips Pressure Cooker ni dok post gambar-gambar makanan yang mudah dan 'menggiurkan' hehe...

update :  
Dah pergi Philips Warehouse Sale (2 September lepas). Memang tak ada pun pressure cooker HD2139 yang konon2 tunjuk dalam gambar bawah ni (model yang saya dah beli tu). Salesperson tu kata periuk model tu takde stok. Just ada model HD2178 (silver 6l) dan jenis 5l punya. Harga pun lebih mahal berbanding Lazada... erkkk....

Oklah lain kali saya tunjuk apa ada dalam set Philips Pressure Cooker ni dan later maybe share resipi-resipi yang saya guna. Sekarang ni dok pening pulak nak masak apa haha...  

Buat masa ni saya dah masak sup ayam, nasi ayam all-in-one-pot, nasi briyani ayam dan kurma telur. Amacam?? hehe...

Notakaki:
PHILIPS pressure cooker ni boleh beli dari website Lazada. Mudah dan kalau ada rezeki offer bagus dapat harga terlajak best! Rajin-rajin la tengok link tu eh