Sunday 7 December 2014

Misi Mencari Penapis Air Idaman Berakhir Juga :)

Assalamualaikum..

Kebetulan sungguh atau mungkin rezeki sungguh!

Saya memang tengah survey penapis air/ water filter untuk rumah 'burung' kami (apartment) :)


Ciri-ciri utama yang saya nak adalah kecik (tak gedabak), murah dan selamat.. Hikhik.. tipikal kan orang nak yang murah tapi berkualiti.. Standard lah kan.. semua orang macam tu.

SAIZ KECIL
Saiz tu memang tak boleh yang besar gedabak sebab ruang dapur apartmen memang kecil sangat. Nak masuk dapur pun boleh seorang  je pada satu masa. Kalau 2 orang boleh berlaga punggung lah kat dapur tu :). Disebabkan ruang limited, so perlulah penapis air yang kecil aje.

MURAH
Murah tu dah tentulah.. Okay, maybe taklah murah mana pun tapi berpatutan. Ribu riban memang tak masuk dalam pilihan. Maaf.. Biasanya ribu riban ni  mesti saiznya pun besar. Dan maintenance nya takkan lah murah.

SELAMAT
Macam pelik ke ciri yang ni? Saya tertarik jugak pada penapis air kat ofis saya (brand yang glemer). Tapi memang saiz gedabak lah. Sebesar Husna agaknya. Rasa macam senang sebab ada pilihan air sejuk dan air panas tu.

Walaupun ada ciri keselamatan untuk buka air panas tu, saya kurang yakin juga. Bukan salah pengeluar pun, tapi anak soleh saya si Ammar tu yang aktif, kreatif, inovatif tu.. takut dia boleh buka sendiri dan mencederakan dia (kena air panas).

Ammar tu walaupun belum umur 2 tahun tapi akal boleh tahan. Dia tengok sekali aje orang lain buat apa-apa, dia dah boleh tiru dah. Memang ada aje idea kreatif dia tu.:)

BERKUALITI
Berkualiti? Biasanya kebanyakan penapis air mestilah bagus dan berkualiti kan. Nak pulak yang brand hebat-hebat ni.

JIMAT
Hikhik.. penapis air kalau yang guna elektrik tu memang taklah jimat kan.. Nak pulak yang on 24jam sehari..

Cerewet ke saya ni?
Bukan cerewet tau. Tapi cari pilihan yang terbaik untuk SEMUA ahli keluarga saya walaupun hanya seorang bayi/kanak-kanak ;)


So malam tadi ada perbincangan di grup Telegram Inspirasi Legacy pasal penapis air.. Antara feedback/ testimoni masing-masing yang pernah gunakan penapis air ni :

  • Murah.. harga kurang dari rm500
  • Menjimatkan kos tanpa perlu dimasak.
  • Mudah dipasang, senang diselenggara.
  • Tak perlu guna eletrik
  • Mudah dibawa ke mana-mana, portable
  • Kapasiti tapisan 303 liter air (80 gelen) untuk setiap filter unit, 2 kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain
  • Nasi lambat basi bila guna air dari filter tu.
  • Air minuman tak rasa payau
  • Anak-anak sebelum ni tak suka minum air kosong dah jadi suka sangat minum air kosong
  • Air kosong rasa sangat halus.. Senang bancuh ESP tak berketul sangat.
  • Tak rasa air karat, kelat
  • Ada meter yang boleh bagitau bila perlu tukar filter
  • Dijual juga part yang berasingan.
  • Mudah dicuci.. tak perlu nak gosok filter.. atau nak kena panggil orang servis.. just cuci jug sahaja.. dan filter boleh ganti baru bila dah sampai takat yang ditetapkan...
Fuhh... memang tertarik hati saya terutamanya yang ciri 'portable' tu. Memang senang nak angkut lah kalau perlu bawa anak outstation ke.. Selalu rasa air paip kat hotel-hotel tu tak berapa bersih hihii... entahlah eh.. memang saya dok terasa camtu selama ni.

Nak bawa balik kampung pun ok. Memang tau air paip kat kampung agak keruh sikit nak pulak bila tekanan rendah sikit macam masa musim perayaan.


So nak tau penapis air apa tu? Ni lah dia..

Get Clean Water Pitcher!!


Mari kita tengok ciri-ciri water pitcher ni..

  


TESTIMONI PENGGUNA GET CLEAN WATER PITCHER

Dan.. antara testimoni pengguna-pengguna.. Masing-masing memang puas hati! Buatkan hati ni makin lah meluap-luap rasa nak milikinya :)












PERBEZAAN SHAKLEE (THE SHAKLEE DIFFERENCE)

SELAMAT : “Menyingkirkan plumbum” dan Lain-lain

Get Clean Water ini brupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association (WQA)) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lagi di dalam air.


PILIHAN YANG BIJAK : Menjimatkan Kos

Kita, rakyat Malaysia memang banyak menghabiskan wang dengan membeli air minuman botol. Dengan hanya beberapa sen seliter sahaja, Get Clean Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penapis tersebut tanpa perlu mengagaknya


HANDAL : Lebih Banyak Air Bersih Pada Setiap Masa

Get Clean Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih bnyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda


MESRA ALAM : Memelihara Alam Sekitar

Get Clean Water ini menggunakan sistem penapis jag air dengan blok karbon isian semula yang pertama, dimana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa pepejal. Dan setiap penapis diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang  tahan lasak dan selamat  untuk alam sekitar.


Macam mana? Menarik kan? :)

Harga berpatutan,
Saiz kecil dan portable,
Mudah selenggara,
Mudah guna
Selamat
Berkualiti

Memenuhi ciri-ciri penapis air yang saya perlukan. Anda Bagaimana :)



Terima kasih kerana sudi membaca :)

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 3-4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


No comments:

Post a Comment