Thursday 16 October 2014

Aliff Rayyan is F.I.V.E

Assalamualaikum.


Tanggal 4 Oktober 2014 yang lepas, genaplah usia Aliff Rayyan 5 tahun.  Kebetulan tarikh itu sehari sebelum Aidiladha, kami cadang sambutlah birthday secara kecil-kecilan aje dengan sepupu-sepupu yang kebetulan balik beraya.

Nak buat kek sendiri dan majlis yang lebih meriah nampaknya memang tak
sempat sebab ummy pun masih dalam pantang. Sorry ye Aliff :)

Aliff nak kek yang sama macam Husna, penuh marshmallow. Tapi memandangkan kat Kelantan belum ada branch Cake Sense, memang tak kesampaianlah. Nak beli dari PJ ni macam tak logik pulak. Perjalanan balik kampung haritu pun cecah 14jam, kalau beli dari PJ silap-silap dalam kereta dah habis dikerjakan anak-anak hihii...

Bila Google, ada info cawangan Secret Recipe di pekan Tanah Merah. Wah.. memang rezeki sungguh. 

Tapi kat situ tak banyak jenis pilihan kek. Yang well-known aje macam Choc Indulgence. Cheese cakes ada lah 1-2 jenis. 

So decide beli Choc Indulgence. Untuk memenuhi hajat Aliff, ummy beli sepeket marshmellow dan M&Ms buat deko tambahan atas kek. 

Cuma cacat sikit sebab tukang tulis wordings atas kek tu macam belum lulus kursus. SENGET :(
Kalau ku tahu, baik kutulis sendiri atau takyah tulis apa-apa pun...


Apapun, kanak-kanak ok aje tak kisah pun kek senget ke tak.. Ummy aje yang kecoh hihii..

  


Apapun, Ummy dan Ayah doakan Aliff Rayyan membesar menjadi anak yang soleh, sentiasa sihat, bahagia, berjaya dunia dan akhirat. Semoga sentiasa dalam rahmat dan redha Allah...

Amin Ya Robbal Alamin..


#Throwback 2013

Gambar ni adalah masa majlis hari lahir Aliff Rayyan yang ke-4 pada tahun lepas. Tema biru-merah dan kapal terbang. Tema ni permintaan Aliff sendiri sebab lepas Aliff pergi Kidzania dan try jadi pilot, sampai sekarang dia bercita-cita nak jadi pilot..

Baju tu Ummy siapkan dalam masa 30 minit. Adhoc. Hihii... Cuma sayang tak jumpa topi pilot dan takde idea macam mana  nak buat..

Nanti next entri saya terangkan cara nak buat baju tu okay :D


No comments:

Post a Comment