Monday 28 June 2010

Aliff Rayyan : 8 bulan

Lama tak menempek gambar anak-anak.. Actually dah lama tak ambil gambar pun..
Aliff Rayyan kalau ikutkan hari ni dah 8 bulan 3 minggu 3 hari..

Pagi ni badan Aliff rasa panas. Badan pulak penuh kesan nyamuk gigit. Uh..banyak pulak nyamuk malam tadi.. Sebelum keluar rumah hubby check suhu badan Aliff, 36.5 degree. Erm.. masih terkawal. Baru tadi dapat sms dari hubby, suhu 38.4. Terus call mak. Mak kata masih ok, sedang lap-lap badan Aliff nak kasi turunkan suhu. Hubby dah bekalkan ubat demam and coolfever. Dah pesan kat mak kalau masih panas, call. Nak bawak pergi klinik pulak. Harap-harap turunla suhu badan Aliff..

ok.. taknak hilang mood lagi.. back to perkembangan Aliff..

sekarang ni Aliff paling suka main mainan cam dalam gambar tu. Tu hadiah dari ex-officemates (terima kasih =D). Selalunya kakak Husna sibuk nak main jugak. Suka rampas barang dari adik.. Aliff dah mula panjat-panjat. Dia paling suka panjat orang. Kalau kita tengah baring ke, die akan panjat nak melangkau badan kita.. Kalau kita dok atas kerusi, die nak panjat tapi stop kat tahap melutut aje.. belum boleh nak berdiri sendiri. Duduk kalau melunjur kaki tu belum boleh lagi.. kalau cam antara dua sujud tu boleh la..

Perkataan yang Aliff selalu sebut.. "At-ta", "Am-ma" dengan bunyi-bunyi lain la.. Aliff sebut "at-ta" tu kadang2 rasa cam die sebut "akak".. Selalu kalau Husna ada la.. Kalau "am-ma" tu selalu die guna kalau nak ummy die.. kalau ummy wat taktau, nangis la dengan sebut "am-ma".."am-ma"...

Kalau kita cakap "Lailahalillallah" banyak2 kali cam tahlil tu, Aliff akan goyang2kan kepala dengan badan2 skali kiri kanan.. Tapi ni ikut mood die.. kadang2 buat muka blur aje hehe..
Kadang-kadang Aliff angguk-angguk cam headbanging.. kadang-kadang die wat time ada lagu2 rancak kat tv ke.. kadang2 die buat sesaje.. apsal ntah.. kita tengok pun seriau takut terhantuk kepala kat lantai tapi takde pulak =D..

Kalau BF pulak, die suka nak masukan jari die dalam mulut ummy. Nak main-main.. Pastu tengah BF, kaki sebelah suka buat cam tendang2.. tendang angin la.. ntah fi'il ape taktau la.. macam-macam..

Sebagai ummy, apa lagi yang diharapkan.. hanya doa semoga anak-anak ummy membesar dengan sihat sentiasa..

No comments:

Post a Comment