Friday 2 February 2024

Jualan Al-Quran & Jualan Gudang Karangkraf (25 Jan - 4 Feb 2024)

 Assalamualaikum dan hello.

Jualan Al-Quran dan Jualan Gudang Karangkraf. Bermula 25 Januari - 4 Februari 2024 jam 9.00 pagi - 7.00 malam di Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.


Sabtu lepas hantar kakak ke Terminal 17, memang laluan akan lalu sebelah Karangkraf. Ternampak banner Jualan Al-Quran termasuk jualan buku-buku lain di Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

Balik dari hantar kakak singgah sekejap. Zara kata nak beli Al-Quran untuk dirinya. Baru sahaja masuk Juzu' 1 Al-Quran. Selepas ulang alik selak semua pilihan Al-Quran, Zara pilih Al-Quran Waqaf & Ibtida' saiz B5 warna putih. Katanya mudah nak baca sebab saiz huruf yang agak besar. Harga asal RM50 selepas diskaun dapat harga RM37.50.




Ada jualan buku-buku ilmiah, novel, rehal, poster-poster doa/jawi dan lain-lain tapi tak berani nak belek-belek takut terbeli lagi buku. Sebab dalam proses declutter barang-barang termasuk koleksi buku. Tapi akhirnya terbeli juga 1 set buku baru Bayyan Linnas 😂. Jualan juga ada dibuat secara online. Boleh layari https://www.karangkrafmall.com/.

#buku #alquran #jualangudang #jualanbuku #karangkraf

Monday 29 January 2024

Kategori dan Garis Panduan Rayuan Haji 2024M/1445H

Assalamualaikum.



Lembaga Tabung Haji dah umum tempoh buka rayuan haji bermula 26 Januari - 1 April 2024. Sesiapa yang nak buat rayuan dah boleh isi borang rayuan melalui laman web THiJARI

Tempoh hari masa drive balik kerja, ada terdengar segmen dalam radio dari penyedia pakej haji swasta tentang mengerjakan haji melalui pakej haji ni. Antaranya syarat mestilah telah mendapat panggilan haji dari Tabung Haji (TH). Sekiranya tidak berjaya dapat jemputan haji TH, tetapi ingin jadi calon rayuan, boleh buat rayuan dengan syarat TIDAK PERNAH MENUNAIKAN HAJI. Maksudnya bukanlah haji kali kedua ketiga. Dan lainnya, mesti telah DAFTAR HAJI di TH sekurang-kurangnya 5 tahun. 

Hari ini cuba buka bahagian rayuan haji ini. Sebelum isi borang, dah ada keluar pop-up penerangan kriteria/ kategori rayuan haji. Klik 'setuju' dulu baru boleh teruskan ke page seterusnya. Jadi saya nak letak sini untuk panduan juga suatu hari nanti bila dah cukup mana-mana syarat untuk buat rayuan.

KRITERIA DAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN RAYUAN MENUNAIKAN FARDU HAJI  MUSIM HAJI 1445H/2024M













Kriteria terakhir no.10, "Lain-lain Rayuan (R12)", TH pun maklum syarat rayuan, tempoh daftar haji melebihi 10 tahun. Kalau baru daftar haji tahun lepas nak buat rayuan mungkin sukar sikit nak berjaya kecuali ada termasuk dalam mana-mana kriteria 1-9 yang lain. 

Panggilan haji ini adalah jemputan dari Allah SWT untuk jadi tetamuNya. Jadi usaha, berdoa dan percaya Allah SWT akan jemput di masa yang terbaik untuk kita insyaAllah.

Wassalam.

Thursday 23 February 2023

Buku 1/2023 - Nine to Five. Ragam Kerjaya | #Baca2023

 Assalamualaikum dan hello 😉

Macam biasa, azam untuk setiap kali bermula tahun baru mesti termasuk 'Banyak membaca buku. Kurangkan hadap media sosial'. Gitu. Tapi selalu kelaut azamnya. Susah juga nak tukar habit hadap phone kan? Tapi kita cuba 💪.

So azam ini akan selari dengan lawatan secara berkala ke perpustakaan sebab nak pinjam buku. Rasanya tahun ini nak kurangkan pembelian buku baru sebab almari buku pun dah tak ada ruang. Kena sisih buku-buku lama untuk bagi ruang bagi buku-buku baru. Perpustakaan komuniti terdekat adalah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Kampung Lindungan, PJS 6, Petaling Jaya. Nanti saya up post berkenaan perpustakaan comel ini. PPAS ini dah jadi antara my favourite place dengan nak-anak.💜

Ok nah. Kita simpan rekod membaca di blog. Macam program NILAM sekolah 😁

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#Baca2023 - Buku 1/2023 

Tajuk - Nine to Five. Ragam Kerjaya.

Penyelenggara - Khairi Tajudin.

Review :

Buku ini mengandungi kompilasi cerita-cerita pendek hasil penulisan peserta bengkel penulisan (kalu tak silap). Kebanyakan penulis ada kerjaya sendiri tapi berminat dalam bidang penulisan. Cerita-cerita dan watak banyak berkait dengan kerjaya asal penulis-penulis. 

Penulisan santai-santai dan ada potensi untuk berkembang bakat masing-masing insyaAllah.

Sekian. Wassalam.



Sunday 15 January 2023

Order Ikan Fresh dari FB Hasil Laut Sekinchan Kak Omel

Assalamualaikum dan hello 🌸

Kasi topup freezer

Jumaat minggu lepas order ikan dari Facebook Hasil Laut Sekinchan Kak Omel. Kali ini order kerang 2kg, lala 2kg, jenahak sangkar, siakap, kombo (jenahak, siakap, bawal emas, bawal hitam, senangin, talapia + free 1 ikan rakyat ). Sejak order dari sini dah kenal nama-nama ikan jugalah. Cuma ikan rakyat ni masih lagi banyak tak dikenali 😅.

Dah kali ke-5 ni order ikan dari Hasil Laut Sekinchan Kak Omel. Kali ni order ikan fresh. Ada time offer Scammer Box, order Scammer Box pula 😅. Order ikan ini melalui FB Live page mereka. 

Friday 6 January 2023

Resipi : Kek Tiramisu Senang Dan Sedap (Tak Perlu Bakar)

Assalamualaikum dan hello 🌸

jatuh chenta 💕💕

Kek tiramisu antara my favourite dessert. Beli pun suka, buat pun suka. Kalau buat tiramisu biasa buat jenis yang 'no bake'. Chilled kan sahaja dalam peti sejuk. Kalau nak rasa macam aiskrim/mousse sikit boleh masuk dalam freezer. Hmmm memang layan 😋. Lupa diri tu tengah join program Weight Loss Challenge 😂.

Sunday 1 January 2023

Selamat Tahun Baru 2023

Assalamualaikum dan hello 😄

Alhamdulillah 2022 💖. Bismilllah 2023 💪.

Selamat tahun baru 2023. 

Doa Awal Tahun (sumber; JAKIM)

Sebab awal tahun walaupun bukan tahun hijriah, boleh je baca doa awal tahun. Tahun ini 2023 pula kita diberitakan akan dengan hadapi ujian kemelesetan ekonomi. Tak tahu lagi macam mana tapi semoga ujian ini dapat ditempuhi dengan jayanya. Dan semoga Tahun 2023 ni lebih baik dari tahun sebelumnya.

Friday 30 December 2022

Kelandar Akademik Penggal 3 Sesi 2022/2023

Assalamualaikum dan hello 🌷

Sumber: FB YB Fadhlina

Cuti sekolah dah sampai penghujung. Tinggal 3 hari nak masuk sekolah untuk penggal 3. 

KALENDAR AKADEMIK PENGGAL 3 SESI 2022/2023

  • Kumpulan A - Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu
            Sesi persekolahan 1 Januari 2023 - 16 Februari 2023
            Cuti persekolahan 17 Februari 2023 - 18 Mac 2023

  • Kumpulan B - Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarwak. Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya) 
            Sesi persekolahan 3 Januari 2023 - 17 Februari 2023
            Cuti persekolahan 18 Februari 2023 - 19 Mac 2023