Tuesday 10 October 2017

Cameron Highlands - Hari 1 - Dari Subang ke Brinchang

Assalamualaikum dan hello :)

Alhamdulillah tercapai juga nak bawa anak-anak berjalan di Cameron Highlands weekend lepas. Trip kali ni bukan untuk free and leisure tapi memang nak bawa jalan-jalan di tempat menarik di Cameron sebanyak yang boleh. So memang plan betul-betul. Siap join FB Cameron HighlandsGroups dan refer sebanyak blog yang boleh. The most reliable blog pada saya adalah blog mrkumai. Memang banyak membantu.

Nak melawat Cameron Highlands pada weekend rasa seriau jugak. Since ramai member group kata jalan sesak teruk. EVERY WEEKEND!  Ramai cerita  perjalanan kalau biasa-biasa 20 minit boleh sampai 3 jam. Panas kereta, kematu punggung.

Tapi dah terrrr booking RPP Jumaat sampai Ahad, pening sat. Mampu ke nak hadap traffic jam ni. Mau silap-silap dok perap dalam bilik je. Tak lalu nak hadap jam lagi. Cukup-cukup lah jam hari-hari kat KL ni.

Tapi nak share, trip kami weekend lepas memang Alhamdulillah tak sangkut traffic jam yang berjam-jam tak gerak tu. Yang tak gerak, laluan bersebelahan kami. Yang tu saya akan cerita apa perancangan yang saya atur so tak le tersangkut dalam jam. Tapi yang penting kena fleksible dan ada backup plan. Nak pulak dengan anak ramai (5 orang), memang kena adjust mana yang patut.

Plan asal nak gerak dari Subang Jumaat sebelum subuh dalam pukul 3-4 pagi gitu. Konon singgah subuh di Simpang Pulai, naik Cameron Highlands terus mulakan lawatan pagi-pagi... Tapi kelauttt haha. Terlajak tidur.  Sudahnya 8.30 pagi baru gerak. So plan nak berjalan-jalan waktu pagi di Cameron tak kesampaian. 

Untuk lebih jimatkan masa, decide tak singgah mana-mana kedai untuk breakfast.  Breakfast semua dalam kereta je. Bawa nasi goreng, air kotak, biskut, air masak dan lain-lain. 

swafoto dengan Aliff

8.30 am - dari rumah, sangkut pulak dengan traffic jam orang nak pergi kerja.. Adehh..
Masuk NKVE exit Subang dan terus menuju ke Simpang Pulai.
10.20 am - Berhenti sekejap di Kawasan Rehat RTC Perak untuk tandas.
10.40 am - teruskan perjalanan exit Simpang Pulai

Bergerak dari RTC Perak

Husband bajet untuk solat Jumaat di Brinchang. So kami tak singgah mana-mana. Trafik agak perlahan bila menghampiri Cameron Lavender sebab ramai pengunjung mencari-cari parking dan di hadapan Central Market disebabkan ada accident antara 2 kereta di laluan bersebelahan. Nak masuk Kea Farm juga agak perlahan tapi masih ok berbanding lorong bertentangan yang kelihatannya dah sangat sesak dan tak bergerak.

12.50 pm - Kami sampai dan parking di depan kedai makan sebelah Masjid Kayangan Brinchang. Hampir menjelang waktu Zohor. So tak ke mana-mana, yang perempuan duduk lepak di kereta. Kereta tutup enjin je. Bukak bonet exora, duduk-duduk sambil melayan udara nyaman Cameron. Nak berjalan-jalan dengan anak kecik malas pulak dengan kereta bersimpang siur kat jalan utama tu.
masjid kayangan brinchang

Dari luar pagar masjid nampak beberapa orang tengah makan nasi bungkus, perempuan dengan anak-anak kecil pun ada tengah makan. Terus teringat dalam group FB ada terbaca info hari Jumaat ada tauke-tauke ladang yang sponsor nasi arab. Call husband bagitahu haha... over kan nak nasi free.. 

Nasi arab sponsored from Masjid Kayangan Brinchang
Husband ambil 3 bungkus untuk kami semua 7 sekeluarga. Saya, Husna, Zara dan Ali share 1 1/2 bungkus dengan ada extra sikit lagi nasi goreng yang dibawa. The balance husband share dengan Ammar dan Aliff. Alhamdulillah nasi dan ayamnya sedap dan cukuplah untuk alas perut sementara nak berjalan.

Habis solat Jumaat, giliran saya dan Husna solat jamak Zohor & Asar. Yang lelaki pula menjamu nasi arab tadi.

Lepas siap semua, masa tu dah dalam pukul 2.15 pm rasanya. Nak check-in RPP, mula jam 2.45 petang. Rasa lambat pulak. Berkira-kira nak singgah Smurf Inn dulu untuk bergambar-gambar. Nampak macam menarik aje kan gambar-gambar yang member group post hehe..

So bergerak ke Smurf Inn.

Ada parking homestay Smurf Inn dengan bayaran RM3 tapi kami pun tak pasti boleh masuk ke tak. Sebab ada palang gate automatik untuk masuk kawasan tu. Husband turun riki kawasan tu. Tapi sudahnya saya cancel je hihi.. Takpelah.. takat nak ambil gambar aje pun..

So terus ke Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands saje. Tunggu aje lah sampai buka 2.45 petang.

Bunga raya sebesar muka

tumpang sat staf punya ATV ni nak ambil gambar

Bila dah park dalam RPP tengok ada beberapa keluarga juga tengah tunggu pejabat pendaftaran buka. Kami pusing-pusing sekitar RPP tengok apa ada. Bergambar sana sini. Anak-anak pulak excited jumpa padang permainan.

main dulu
ikan besau lengan ni:D
ruang bersantai-santai
tempat BBQ
cantik bunga-bunga :D

2.45 pm - Ok kita check-in dulu then mulakan berjalan di Cameron Highlands :D

Bersambung...

Entri Post berkaitan:
Cameron Highlands - Ringkasan Tentatif 3 hari 2 malam (elak traffic jam)
Cameron Highlands - Hari 1 - Dari Subang ke Brinchang
Cameron Highlands - Hari 1 - Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands
Cameron Highlands - Hari 1 - Landmark I love Cameron Highlands & Pasar Malam Sg. Ruil
Cameron Highlands - Hari 2 - Ladang Teh BOH Sungai Palas 

No comments:

Post a Comment