Thursday 28 September 2017

DIY Sampul Duit Raya Felt

Assalamualaikum dan hello :)

Ni cerita lama a.k.a throwback aje.. Cerita raya.. dah masuk tahun baru hijrah lagi hihi..

DIY SAMPUL DUIT RAYA GUNA FELT.

Ni anak-anak saya yang punya :D.  Masing-masing pilih sendiri warna dan haiwan yang disukai.

Saja je nak share sampul duit raya untuk anak dan anak-anak saudara.  Idea asal bila tengok FB kawan MRSM dulu, Farhat Nabil yang prepare sampul duit raya untuk kawan-kawan anaknya.  Terus teruja nak cuba buat untuk anak-anak saudara.  Tapi hat yang kawan buat tu cantik lagi sebab dia guna printed felt dan words pun memang macam-macam bentuk dan saiz.  Katanya tu stok masa rajin buat scrapbook so memang ada simpan.

Macam saya ni memang tak pernah cuba kraf felt so tak ada satu bahan pun kat rumah. Zero. Knowledge pun zero hihi..

Masa tu agak suntuk nak mencari/order printed felt online sebab dah nak raya baru Nabil up kat FB.  So cuba jaya je terjah kedai Mr. DIY kat area rumah ni.. So just dapat felt kosong sahaja dan warna pun limited sungguh. Semua huruf, haiwan, bunga semuanya beli di kedai Mr. DIY je.

 

Lepas raya ada jumpa Daiso dan nampaknya ada printed felt kat Daiso. Cuma tak sempat nak mencari masa dok buat benda ni :. Kalau ada masa menunggu, boleh juga jenguk-jenguk kat Lazada. Ada juga jual barang kraf felt ni.. 

Saya gam semuanya guna gam UHU je.  Cuma bahagian sisi sampul kena guna mesin jahit. Jahit lurus biasa je.  Dan untuk bagi sampul kekal tertutup elok bila dah isi duit tu, saya jahitkan velcro kecik. Asalnya nak jahit butang katup (snap button) tapi husband bagi cadangan guna velcro je.

Itu aje lah pun nak kongsi.. Rasa personal sikit kan sampul raya gini. Tak adalah rasa nak buang sampul duit raya. And konfem tahu siapa owner sampul kot la tercicir mana-mana ;D



Teruja budak-budak :D

No comments:

Post a Comment