Friday 11 November 2016

Set Berpantang Pilihan Saya

Assalamualaikum dan hello :)

Baru aje siap dodoikan baby Ali ni. Fuhh.. anak lelaki ni asyik nak 'melekat' aje. Tidur pun asyik tidur-tidur ayam je. Sambil-sambil mata gerak-gerak buka sikit intai ada ke tak ummy dia kat sebelah.. emmm... cepat la kamu besar sikit Ali hehe...

Kali ni saja nak share pasal set lepas bersalin/ set berpantang yang saya gunakan. Actually saya tak banyak pengalaman guna macam-macam brand. Tak berani sangat nak try test macam-macam. Cari dulu sebanyak mungkin info then baru beli. Dah tu bila dah serasi dengan badan, tak ada lah nak tukar-tukar brand lagi. Setia.. gitu! :)

Bersalin kali ni saya ada juga nak cuba 1jenama ni yang berasaskan jamu. Banyak kali nak klik beli tapi hold dulu. Sebab semua anak ada sejarah jaundis. Nak pulak orang kata darah O memang tak boleh lari mana lah. Cuma sekejap atau prolong je.

Tengok-tengok Ali lama pula jaundis nya. Sampai 3minggu. Masa 1st check jaundis doktor dah pesan JANGAN ambil 4 benda ni sampai jaundis hilang.

JANGAN makan JAMU
JANGAN makan LADA HITAM
JANGAN makan HALIA
JANGAN makan KUNYIT

Hambek ngko!

1st time pantang tak ambil lada hitam/halia ni. Tapi demi anak turutkan juga.

Nasib baik la tak jadi beli set jamu tu. Kalau tak dah tentu-tentu 3 minggu tak usik. Rasa membazir lak.


So kali ni untuk penjagaan dalaman still stick dengan set berpantang Shaklee sama macam masa bersalin Zara. Lagipun masa mengandung dah memang ambil Set Hamil Shaklee. So just continue je.

Cuma saya ada tambah produk lain macam Garlic, Zinc dan Lecithin. Kenapa saya tambah??

Saya memang standby Garlic Complex masa pantang sebab tiap kali bersalin akan bengkak susu sampai demam. Garlic bagus bantu masalah keradangan yang disebabkan bengkak tu. Bertindak macam antibiotik semulajadi.

Lecithin pula kawan-kawan yang cadangkan untuk bantu lancarkan aliran susu yang tersumbat bila bengkak susu ni. Bila saluran susu tersumbat kan nanti susu yang keluar biasa sikit daripada biasa. So selain bantu dengan urut/sikat breast, Lecithin pun dapat bantu juga.

Zinc baik untuk bantu penyembuhan luka-luka. Walaupun saya bersalin normal, saya ambil juga :)

B-complex dan Ostematrix pun item penting saya masa berpantang.  Masa pantang ni memang cepat stress dengan tak cukup tidur/rehat, perangai anak-anak lagi.. so wajib ambil.

Item-item lain pernah saya terangkan dalam post sebelum ni pasal set hamil. Boleh klik di sini -> Set Hamil Shaklee

Mudah je berpantang dengan Set Berpantang Shaklee. Telan je. Tak perlu bancuh-bancuh sangat (kecuali ESP). Lagipun tahan lama, boleh guna daripada mengandung, bersalin/berpantang dan menyusu. Pada saya berbaloi lah.

Lepas ni untuk menyusu just tambah Alfalfa je sebagai milk booster :D

1 comment: