Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

Ali Imran & Big Baby Fair Online Sale

Assalamualaikum dan hello :)

Hari ni dah 39hari umur baby Ali Imran. Alhamdulillah...
Perangai masih lagi asal bukak mata, nangis. Asal nangis, bukak mata. Ada jugak la sikit2 masa jaga, diam je or tengok TV or pandang sekeliling or bagi respon sengih-sengih bila orang agah-agah. But mostly, nangis huhuu...

Cepatlah besar sikit Ali Imran ek.. ;D

Ok nak letak gambar Ali Imran every week dari masa lahir.

And sekarang dah botak dah akhirnya...
Hari ni hari ditunggu-tunggu, ada Baby Big Fair oleh LAZADA.  Tengah-tengah cuti berpantang ni takyah berangan nak pergi baby sale kat luar. Nasib lah ada baby sale online hehe... 5 hari je start hari ni 23 November - 27 November 2016. Selalu-selalu borong diapers kat LAZADA ni. Memang dapat lagi murah dari kedai/pasaraya.

Apa lagi... jom le menyopping hihii...

Online Revolution 2016 : Box of Joy Dari LAZADA!

Set Berpantang Pilihan Saya

Assalamualaikum dan hello :)

Baru aje siap dodoikan baby Ali ni. Fuhh.. anak lelaki ni asyik nak 'melekat' aje. Tidur pun asyik tidur-tidur ayam je. Sambil-sambil mata gerak-gerak buka sikit intai ada ke tak ummy dia kat sebelah.. emmm... cepat la kamu besar sikit Ali hehe...

Kali ni saja nak share pasal set lepas bersalin/ set berpantang yang saya gunakan. Actually saya tak banyak pengalaman guna macam-macam brand. Tak berani sangat nak try test macam-macam. Cari dulu sebanyak mungkin info then baru beli. Dah tu bila dah serasi dengan badan, tak ada lah nak tukar-tukar brand lagi. Setia.. gitu! :)

Bersalin kali ni saya ada juga nak cuba 1jenama ni yang berasaskan jamu. Banyak kali nak klik beli tapi hold dulu. Sebab semua anak ada sejarah jaundis. Nak pulak orang kata darah O memang tak boleh lari mana lah. Cuma sekejap atau prolong je.

Tengok-tengok Ali lama pula jaundis nya. Sampai 3minggu. Masa 1st check jaundis doktor dah pesan JANGAN ambil 4 benda ni sampai jaundis hilan…

Our newborn ~ Ali Imran

Assalamualaikum dan hello :)Senyap sunyi je blog ni kan. Sebenarnya saya sedang berpantang hari ke-25 hari ni ๐Ÿ˜Š.Alhamdulillah syukur kepada Allah, saya telah pun selamat melahirkan bayi lelaki pada 16 Oktober 2016 lepas, bersamaan dengan usia kandungan 39 minggu 1 hari. Sama macam Zara lahir pada usia kandungan yang sama.Ikutkan EDD due date pada 22 Oktober 2016 tapi baby berjaya keluar awal hehe.. syukur sangat since badan pun dah tak larat sangat.Ok mari berkenalan dengan our little hero niAli Imran bin Abdullah
16 Oktober 2016 (Ahad)
7.28 pagi
3.49kg
SVDDoa ummy dan ayah, Ali Imran jadi anak yang soleh, berjaya bahagia dunia akhirat. Amiin...