Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2016

Al-kisah Laksam Dan Saya

Assalamualaikum dan hello :)
Oklah.. kali ni just nak cerita hal laksam ni. Dah 10 tahun kahwin dengan ore kelate ni. Kenal laksam pun sejak kahwin. Dulu-dulu masa bujang-bujang just tau makanan orang Kelantan ni nasi kerabu. Makanan lain tak kenal hehe...
Laksam ni jarang-jarang sangat kami beli. Biasanya husband akan request kakak sulungnya untuk buat laksam kalau kami pulang ke Tanah Merah. Dulu-dulu saya tak minat nak explore belajar masakan Kelantan ni sebab masa tu saya fikir biarlah masakan Kelantan ni special time kami balik Kelantan. So bolehlah husband special request nak makan itu ini kat family dia. Kira khas dan istimewa hehe..
Tapi bila kadang-kadang pergi kedai pun order menu Kelantan, rasa baik lagi lah saya belajar dan masak. Jimat sikit dan boleh makan puas-puas.. So mula dari tu start belajar nak masak singgang hehe.. Singgang yang senang tu pun fail hihi.. Bila anak-anak pun tekak diorang pun suka makanan Kelantan ni, rasa perlulah juga belajar menu-menu yang dior…

Jamuan Raya CSFJ 2016 Jadi Tragedi

Assalamualaikum dan hello :)
Dah 21 Syawal 1437H hari ini. Kat ofis ni masih meriah lagi dengan jamuan-jamuan raya cawangan. Tak ketinggalan juga kitorang kat CSFJ ni.  Last week Rabu jamuan raya CSFJ di adakan di Dewan Tan Sri Mahfoz. The next day pulak CSFJ Tingkat 10 buat potluck raya. Fuhh super duper penat.
Ada tragedi tau jamuan raya CSFJ tahun ni.. Jap lagi saya cerita hehe.. baca dulu..


Tahun ni sama konsep macam tahun lepas juga. Ada gerai-gerai ikut Bahagian. Makanan pun dah di senaraikan oleh urusetia, Bahagian-bahagian kena pilih sape cepat dia dapat hehe.. Tahun ni Bhgn Prestasi still kolaborasi bersama Bhgn Kontrak & Ukur Bahan. Menu pilihan kitorang mee rebus & mihun sup. Semua order kantin JKR aje.. tak siapa volunteer masak 2 menu ni hehe..
Kebetulan pulak saya sekeluarga cuti balik beraya di Kelantan sebelum tu dan Selasa malam baru balik KL.  Kami sampai rumah pun dah jam 1.00 pagi. Lepas pinjam barang-barang dari rumah mak macam tray lauk, bekas isi su…

Aidilfitri 2016 kami

Assalamualaikum dan hello :)
Masing-masing dah mula masuk pejabat mulai semalam. Samalah dengan tuan tanah :). Pakkal la raya Selangor. Kalau raya Kelantan ni mau bercuti lagi hehe..
Tahun ni awal kami balik Kuala Selangor. Sabtu lagi dah balik. Sempat lah berpuasa 4 hari di kampung. Cuaca pergghh amatlah panassss.. Rasa mau berendam 24jam dalam kolah hehe.. dalam rumah pun terasa membahang. Pasang kipas pun rasa angin panas je. Takde aircond. Kesian kat atok yang terpaksa tahan panas tiap-tiap hari. Kita dok sekali sekala pun tak tahan.. 
Husna & Aliff pun tak tahan puasa. Terpaksalah separuh hari dah berbuka. Nak dipaksa-paksa jadi mudarat pulak pada budak-budak ni.. Tak apa lah.. masih fasa bertatih-tatih berpuasa :)
Daun ketupat sampai Isnin pagi dan kualiti daun agak mengecewakan hihi.. Tahun ni bantu atok dan alang anyam total 300 ketupat. 50 biji ketupat pulut, 240++ ketupat nasi dan 2 ekor ketupat lembu/kerbau. Dapat buat 2 ekor aje sebab daun tak banyak. Kira buat sekada…

Ramadhanku & Salam Aidlifitri Semua

Assalamualaikum dan hello :)
Hari ni last day kerja sebelum mula cuti raya next week. Ramai staf kat ofis dah mula bercuti pun hari ini. Sejujurnya tahun ni saya tak de feel raya.. Rasa bersalah pun ada sebab Ramadhan kali ni paling sikit pengisian. Cuba juga sedaya yang boleh. Tak pasti sama ada sebab letih pregnant atau letih otak lepas kerja tanpa henti seharian kat ofis. Balik rumah je memang rasa nak letak kepala kat bantal je hehe..
Persiapan raya tahun ni? Hmm.. tak ada persiapan. Dah kata takde mood pun tadi kan hehe.. Biasa tiap tahun menjahit baju raya dan buat beberapa jenis biskut raya. Tapi tahun ni yillekk.. memang tak buat satu pun. Baju pun tak buat, biskut pun tak buat. 
Tahun ni ingat baju raya sendiri & husband pakai je la apa yang ada. Lagipun tengah pregnant 6 bulan malas nak cari  baju yang pakai time pregnant je. Rugiiii.. Mujur la anak-anak dah ada beli baju dari bulan April hari tu. Hehe terlajak awal. Ada la hikmahnya rupanya beli baju yang diidamkan sa…