Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

Grand Ihtifal Little Caliphs Bandar Sunway 2015

Assalamualaikum wbt dan hello :)
Sabtu lepas berlangsungnya majlis konvo atau Grand Ihtifal bagi tadika Aliff, Little Caliphs Bandar Sunway. Bergabung dengan Little Caliphs Taman Medan. Majlis berlangsung di Auditorium Angkasa, SS6, Kelana Jaya.
Tahun ni tahun akhir bagi Aliff sebagai murid tadika. Tahun depan dah mula melangkah ke Darjah 1. Uhh sudah besar panjang anak bujangku sorang ni. So majlis kali ni meraikan semua student 6 tahun yang habis tempoh tadika mereka.
Sesi untuk 6 tahun ni bermula 5 petang. Sesi pagi dikhaskan untuk majlis pelajar umur 4 & 5 tahun sahaja. Ok juga tu. Kiranya memang fokus pada mereka je. Even semua persembahan pun hanya murid 6 tahun sahaja yang buat. Tahniah buat principal, guru-guru dan anak-anak yang menjayakan majis kali ini. Alhamdulillah semua berjalan lancar..




Majlis kali ini saya dapat lihat usaha yang hebat dari guru-guru dan pengurusan Little Caliphs Bandar Sunway & Taman Medan. Lokasi pun memang selesa, hiasan yang ceria dan mena…

Berpiknik & Main Air di Taman KLCC

بِسْمِاللّهِالرَّحْمَنِالرَّحِيْمِ السَّلاَمُعَلَيْكُمْوَرَحْمَةُاللهِوَبَرَكَاتُهُ
Sabtu lepas plan nak bawa anak-anak main air kat Taman KLCC. Lama bertahun sungguh tak pergi KLCC. Nak pulak bila anak dah bertambah ramai ni memang liat sikit nak ke tempat-tempat terbuka. Sebab susah sikit nak kawal semua anak nak pulak pesen Ammar yang terlajak aktif. Boleh jadi harimau jadian maknya ni :)

Tak bagitau pun kat anak-anak. Pagi tu je kejut-kejut suruh bangun cepat siap-siap nak pergi mandi kolam. Husna dan Aliff ingatkan nak mandi kat kolam renang bawah tu je. Tapi bukan rupanya :)

Kali terakhir pergi kolam kat Taman KLCC ni tahun 2012. Masa tu Ammar pun belum lahir lagi. Rajin juga pergi since adik perempuan ada duduk 'hostel' kat The Zone. So berdepan aje dengan Taman KLCC ni.
Agak lewat juga gerak ke KLCC. Pukul 9 lebih baru gerak. Sampai KLCC cari parking terbuka kat area Taman KLCC dan Masjid tu. Tak ada! Kawasan situ semua penuh construction!. Aikk.. dah hilang ke Taman KLC…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …