Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Assalamualaikum dan hello :)
Meh kita nyanyi sikit..
Aku yang dulu bukanlah yang sekarang Dulu ku bambam sekarang sudah selim (sikit) Dulu dulu dulu ku stress sentiasa Sekarang aku bahagia
Cita-citaku mahu kurus dan sihat Seluar baju semua sudah sendat Bersyukurlah pada Yang Maha Kuasa Memberi jalan untukku semua

Hihihi..
Ok just nak share gambar di hari pertama saya join Now Everyone Can Kurus Batch 1 digandingkan dengan gambar terkini.
Baju sama. Tudung sama. Seluar sama.
Saiz aje lain sikit. Dari XL kurang sikit jadi M.
Boleh la kan. ;D
Beza, memang berbeza. Betul ke betul? Hihihi..
Syukur Alhamdulillah... Memang lumayan hasil join program NECK.

Dapat kurus dan sihat. Tak perlu pergi gym. Tak perlu berlapar sebab dalam program kami diwajibkan makan 5 kali sehari. Boleh makan nasi. 
Terima kasih program Now Everyone Can Kurus Terima kasih founder program Master MariaFirdaus Terima kasih Coach Abang Ketaq Terima kasih kawan-kawan dan krew NECK Batch 1 Terima kasih Allah sebab lorongkan jala…

Tutorial : D.I.Y. Goodie Bag Olaf Frozen

Assalamualaikum dan hello :)
Kali ni seperti yang dijanjikan, saya nak share cara saya buat goodie bag olaf untuk birthday husna dan zara akhir Ogos lepas. Senang aje pun tapi kadang-kadang kita pun tak terfikir kan :)

Banyak juga saya cari idea ikut google. Dalam banyak-banyak tu idea ni yang jadi pilihan. Sebab mudah dan tak banyak kos terlibat. Comel pulak tu :)
Dan anak-anak pun boleh join sekali dalam proses buat goodie bag ni. Macam saya, Aliff ada gak tolong warnakan hidung Olaf dan potong 'rambut' Olaf. Tapi tak ada lah pulak gambar dia menolong tu huhuu..
Barang yang diperlukan pun tak banyak. Antaranya adalah :

1) Paperbag/snackbag putih Paperbag putih ni saya beli di Daiso Aeon Big Subang Jaya. Satu pek harga RM5.30 dan ada 30 keping dalam satu pek tu. 
2) Marker pen hitam & oren Beli di Sogo bahagian alat tulis. Kat kedai alat tulis lain pun ada biasanya. Marker pen hitam tu saya ambil yang jenis mata besar sikit. Senang nak warnakan a.k.a cepat siap :)
3) Gambar…

Sambutan Birthday Husna & Zara Tema Frozen

Assalamualaikum dan hello :)

Hari Kemerdekaan lepas 31 Ogos 2015, kami adakan majlis sambutan hari lahir buat Husna & Zara.  Husna lahir 26 Ogos, Zara 23 Ogos.. Beza 3 hari je.. So  jimat jugalah kan sambut hari lahir 2 orang sekaligus.


Husna lahir 26 Ogos, Zara 23 Ogos.. Beza 3 hari je.. So  jimat jugalah kan sambut hari lahir 2 orang sekaligus.

Kali n i pun kali pertama jemput kawan-kawan sekolah kebangsaan dan sekolah agama Husna. 1st time, tak tau nak expect apa.. Risau jugak kalau tak ramai yang hadir. Dok tanya Husna siapa kawan yang cakap nak datang, tak tau aje memanjang jawapannya...
Refer gak dengan makcik yang selalu buat birthday jemput kawan-kawan anaknya.. Dapatlah tips-tips berguna :)
Dalam kad dah mention nombor telefon tapi tak siapa pulak bagi confirmation nak datang.. mungkin patut tulis mesej suruh inform kot.. 
So ni ala-ala redah aje lah...

Alhamdulillah.. tak sangka juga ramai yang hadir. Kawan-kawan Husna pun ramai juga.. Sepupu, dua pupu, tiga pupu pun ramai…

Angan-angan Tinggi Melangit, Nak Pakai Jeans Saiz 27

Assalamualaikum dan hello :)
Hari ni nak cerita kisah jeans saiz 27.
KALI TERAKHIR PAKAI JEANS

Saya sebenarnya dah tak ingat kali terakhir saya pakai jeans dan stop. Saya stop masa tu sebab jeans terakhir yang saya pakai tu koyak. Rasanya memang bertahun kot tinggal. 
Lepas tu saya selesa pakai slack longgar. Mula-mula slack yang ada zip dan butang. Tapi pakai saiz XXL pun lama-lama tak muat dah.. Saya tukar seluar slack jenis getah dan ada tali cerut pulak.. Beli pun memang saiz XXL gak. Tu pun banyak gak sendat dan lelas di bahagian peha.. so lama-kelamaan boleh terkoyak seluar tu..
Memang sejak azali saya ada masalah lower body besar 1 saiz berbanding upper body. Dan yang paling ketara masalah 'peha selisih'.. Saya buat assumption tu memang masalah genetik kot.. sebab mostly ahli keluarga perempuan saya ada masalah yang sama.. lepas kahwin/ beranak je badan naik dipam-pam.. Masa tu saya assume memang masalah keturunan lah ni..
Sejak pregnant anak ketiga (tahun 2012) saya le…