Monday 16 February 2015

AWAS!! Anda Pernah Makan Ubat Ajaib Ini?

Assalamualaikum dan hai :)
Salam Isnin semua.. semoga semua berada dalam tenaga yang super duper hebat nak melalui minggu baru ini dan saya doakan agar semua urusan anda dipermudahkan Allah... aamiin..

AWAS!! UBAT AJAIB YANG DIHARAMKAN!!
Baru-baru ni ada kawan share dari FB Kementerian Kesihatan berkenaan ubat tradisional yang diharamkan penggunaannya sebab mengandungi steroid dan tidak berdaftar dengan KKM. 


Kebetulan pulak seorang kawan bagitau nenek beliau memang ambil ubat tu bertahun-tahun. Tapi bila ter'miss' satu hari tak makan, katanya badan rasa macam nak hancur. Tapi kalau makan memang segala kerja boleh buat. Kuat. Cergas. Macam orang muda.



Tapi itulah pun kesan pengambilan steroid. Memang macam ubat ajaib. Sakit hilang sekelip mata.. Tapi ingattt... kesan pengambilannya amat-amat berbahaya... Ia boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang, hilang penglihatan, tulang rapuh dan sebagainya.. Boleh rujuk portal MyHealth untuk info steroid..

Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor atau ahli farmasi sahaja. Bukan ikut suka-suka ye..

KENAPA TAK CARI UBAT/SUPPLIMEN YANG SELAMAT?? 
Orang-orang tua macam mak ayah kita memanglah bila dah dimamah usia, banyak lah sakit -sakit badan, sakit sendi, lutut, punggung..

Dan mak ayah kita ni kalau ada aje kawan-kawan kata ubat ni bagus, jamu ni hebat, makjun ni ajaib!.. Memang dengan cepat aje mak ayah kita ikut beli dan makan. Tak dikisahkannya berdaftar atau tak dengan KKM atau selamat ke tidak.. Janjiii sakit hilang! Kalau boleh sekelip mata hilang!

Nak salahkan diorang pun tak boleh jugak. Maklumat sebenar tak sampai kepada mereka. Info hanya dari kawan-kawan surau ke.. jiran-jiran aje..

Dalam keluarga saya sendiri ada yang sukaaa sangat beli ubat di toko jamu, ubat dari seberang. Ubat yang doktor klinik bagi tak mujarab baginya. Pergi klinik saja-saja aje. Tapi ubat pergi beli yang sah-sah tak didaftarkan dengan KKM. Dah tentulah tak tahu bahannya selamat atak tak..

So as anak-anak ni, itulah tugas kita untuk cari solusi yang selamat dan berdaftar dengan KKM. Kalau ada disokong dengan ujian klinikal, tu lagi terbaik.

BILA SAKIT, MAHAL PUN TAK KISAH DAH
Dari Ibnu Abbas, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.
1. Masa sihat sebelum sakit.
2. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).
3. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
4. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan
5. Masa hidup sebelum tiba masa mati."
(riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Biasa tak dengar hadis ni? Ingat dan rebutlah 5 perkara ni.. Salah satunya adalah masa kita sihat sebelum kita sakit. Sepatutnya masa kita sihat, kita usahakan untuk kekalkan kesihatan tu. Jaga kesihatan, jaga pemakanan, lazimkan senaman, amalkan pengambilan supplimen, pelihara jasmani dan rohani.

Tapi lazimnya kita bila tengah sihat, jarang nak ambil berat. Ye lah, tengah sihat kan.. rasa membazir pula nak invest masa dan wang untuk senaman atau pemakanan yang sihat dan supplimen.

Tapi bila sakit, masa tu tak berkira-kira dah nilai wang. Sanggup aja keluarkan berapa pun kos asalkan dapat sembuh. Biasanya dah tentulah kos mengubati sakit tu berganda-ganda lagi mahal dari kos maintenance ketika sihat kan..

Teringat masa ayah saya sendiri tiba-tiba sakit lutut dan pinggang. Tak boleh nak berdiri tegak atau berjalan. Sakit!! Masa tu ada kawannya datang bawa satu alat (tak pasti namanya) yang beliau beli untuk hilangkan sakit-sakit sendi tu.. Katanya harga RM10,000! Pergghh.. Terkedu dengar harga tu.. Sedangkan Set Kesihatan Sendi yang saya syorkan sebelum tu pun harganya tak cecah RM500 pun...

set kesihatan sendi shaklee yang saya syorkan pada ayah
Teringat juga satu segmen kat radio, ada seorang pemanggil tu call mengadu dan cerita yang beliau tengah usaha secara alternatif nak ubati penyakit kanser kot. Ubat tu satu botol harga RM8000. Masa tu fikir, murah lagi Vivix, selamat, halal dan berdaftar dengan KKM lagi...

Tapi itulahkan.. kalau kita awal-awal dah cuba langkah pencegahan kan lebih murah... bila dibiarkan berlanjutan, kos nak mengubatnya berkali-kali ganda lebih mahal..

JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK!
Tapi walau apapun ubat, perubatan alternatif, supplimen yang ada dipasaran, sebagai pengguna, janganlah kita hentam semberono aje beli dan guna. Sebagai pengguna yang bijak, kita perlu cari produk yang terbaik, selamat, semulajadi, berkesan, berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan untuk yang Muslim, tentulah produk yang Halal..

Berhati-hati okay bila memilih mana-mana produk/ubat. Tubuh badan kita ni hanyalah pinjaman dari Allah. Jadi, setiap apa yang kita buat/makan/pakai akan dipersoalkan oleh Allah..

Jaga kesihatan jasmani, jaga kesihatan rohani.
Jagalah amanah ini sebaiknya ya :)

Wassalam..


Terima kasih kerana sudi membaca :)

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.

Ingin mendapatkan supplemen yang selamat, semulajadi dan berkesan untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 3-4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

No comments:

Post a Comment