Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

Bertanya Allah Dahulu : Undang Allah Dalam Setiap Yang Kita Lakukan

Assalamualaikum semua..
Saya doakan rakan-rakan semua dalam limpahan kasih sayang Allah..
Awal Subuh tadi saya terbaca status yang dikongsikan oleh 'moyang' Shaklee saya iaitu Master Hafsah dari FB Ustazah Siti Khadijah. Ianya tentang sentiasa berkata-kata, berdoa, mengadu, berharap kepada Allah dalam setiap apa yang kita lakukan.
Mari kita baca apa yang dikongsikan tu..
UNDANG ALLAH DAHULU DALAM SETIAP APA YANG KITA LAKUKANDalam kehidupan kita sehari-hari, ada ketikanya kita berhadapan dengan kesulitan dan kesusahan yang menduga amal dan iman kita. Saat kesulitan tersebut mahu didepani, alangkah baik kita mengundang Allah dahulu (meminta atau bercakap-cakap dengan Allah terlebih dahulu) sebelum meminta pertolongan insan lain.Kerana Allah yang menghadirkan kesulitan, Allah jualah yang akan memberikan penyelesaian.Betapa ramai di antara kita, yang lebih cenderung mencari penyelesaian dengan cara sendiri tanpa mengundang Allah terlebih dahulu. Lalu kita sibuk bertanya dengan ses…

1st Time Jejak Kaki di Shaklee HQ di Sunway Pinnacle :)

Assalamualaikum 
Semoga ok-ok semuanya ye..
Nak pecahkan satu rahsia hikhik. Sebenarnya sejak Shaklee HQ pindah ke bangunan Sunway Pinnacle, saya belum pernah jejakkan kaki lagi kat sana walaupun sepelaung aje jaraknya dari rumah mak saya (sepelaung la sangattt..)

Selalunya kalau nak beli produk Shaklee, just minta cik abang sayam yang belikan. Lagi super duper senang sebab dia naik motor aje.. Pantas dan tuntas! 
Tapi semalam dengan rajinnya saya menjejakkan kaki ke Sunway Pinnacle lepas balik kerja. Since saya balik 4.30, by 5.30 petang dah sampai Pinnacle.

Parking kat level B2b, naik lif ke lobi. Disebabkan saya 1st time sampai situ, terpinga-pinga gak. Tengok ada mesin layan diri yang keluarkan pas untuk visitor. So saya pun cucuk la mykad. Tapi tiada rekod. 
Oh rupanya 1st time datang  kena register dulu kat kaunter.  Hihii.. malu le pulak. Nasib tak ramai orang kat lobi.
So bagi mykad kat pak guard kat kaunter tu. Sambil dia key-in maklumat, dia tanya “Shaklee ke?” "Ya"…

10 Tips Kawal Keguguran Rambut Selepas Bersalin Secara Semulajadi

Tolong! Tolong! Baru je bersalin tiba-tiba rambut luruh dengan dahsyatnya! Apa nak buat ni??
Sikat je rambut gugur Syampu pun rambut gugur gak Mandi pun rambut gugur Pegang rambut sikit pun rambut gugur lagi.. Arghh tension nya!!

Ok, mula-mula tarik nafas dalam-dalam dulu.. ok.. lepaaaasss..hihii.. :)
Masalah keguguran rambut memang tak lari bagi ibu-ibu lepas bersalin. Biasanya orang tua-tua kata kalau baby start menyembur-nyembur/ main dengan air liur, banyaklah luruh rambut maknya. Tak taulah dari mana datang 'fatwa' ni :).
Saya pun bila keguguran rambut lepas bersalin ni, rasa gerun juga. Mana taknya, sampai nipis betul rambut. Kalau dikira-kira bilangan helaian rambut yang gugur, mau beratus-ratus helai agaknya.
Mak saya pun pernah tegur, “Kenapa rambut ko ni nipis sangat?? Sampai nampak kulit kepala dah ni”.  Tak terjawab masa tu, sedangkan asalnya rambut saya agak lebatlah juga..
Siap pernah terdetik dalam hati, ada penyakit kronik ke.. Astaghfirullah… Wal iyyazubillah…

Alhamdulillah.. Jumaat Yang Menggembirakan :D

Assalamualaikum & hai :)
Alhamdulillah.. Jumaat yang menggembirakan!! :D
ALIFF RAYYAN

Aliff dah makin sihat. Dah bersemangat nak gi sekolah lagi. Dari hari Selasa Aliff demam. Viral fever. Dua kali buat lawatan ke klinik. 
Selain ubat demam, saya bagi Aliff Chewable Vita-C, Mealshakes dan OmegaGuard secara konsisten untuk tingkatkan imunisasi badan Aliff. Sebelum ni culas! 
Bila anak tak sihat, memang jadi huru hara juga. Baru tau pentingnya jaga kesihatan kan.. 
ASYRANI HUSNA

Husna dapat keputusan cemerlang untuk peperiksaan akhir tahun.
Alhamdulillah.
Hari ni Hari Terbuka a.k.a Parents Meet Day kat sekolah Husna. Takdelah nak harap tinggi-tinggi pun Husna dapat Top 10 kat kelas. Baru darjah 1 aje pun. Saya tak pernah lagi paksa-paksa Husna dapat Top 10. Asalkan Husna suka dan minat belajar dan faham apa yang cikgu ajar, itu pun memadai buat masa ni.  
Husna akan dapat hadiah kecemerlangan next week. Cikgu dah pesan untuk hadir. In syaa Allah. Saya memang berazam untuk jadi ibu ya…

Master Celebration : Masters Maria Firdaus di Pullman, Putrajaya (Ahad ni, 16 Nov 2014)

Assalamualaikum :)
Tak sabar nak tunggu hari Ahad ni. Kenapa? 
Master Celebration untuk Mentor kami, Founder Empayar MariaFirdaus.. Siapa lagi? Tentulah Master Kam Maria & Master Mohd Firdaus.

Masa saya join team MFMS ni saya ingatkan Master Celebration mereka dah lepas.. Rupa-rupanya belum lagi.. 
Alhamdulillah.. dapat gak nak dengar sharing kisah kejayaan mereka dalam bisnes Shaklee ni..
ORANG BIASA YANG BERTINDAK LUAR BIASA
Mentor kami ni sama je macam orang biasa lain-lain. Mereka mulakan bisnes Shaklee dari bawah, KOSONG. Master Maria sendiri tak pernah menjual hatta sebatang pen pun. 
Tapi mereka mula belajar, cari ilmu tentang bisnes, cari mentor yang bagus, bertindak luar biasa, mempunyai kemahuan yang tinggi dan paling utama meletakkan keyakinan sepenuhnya ke atas pertolongan Allah.
Masters Maria Firdaus ni antara Masters yang paling cepat capai MASTER COORDINATOR, rank tertinggi dalam Shaklee ni. Daripada rank pertama SUPERVISOR pada Mac 2013, mereka berjaya mencapai MAS…

Karipap Gergasi Kuala Selangor Memang Gergasi!

Assalamualaikum dan hello :)
Hari ni tiba-tiba nak cerita pasal karipap pulak.. Bukan nak cerita resipi karipap tau. Kalau nak resipi karipap yang saya pernah buat untuk pertama kali dalam hidup saya hihii..  boleh klik link ni [my-1st-ever-karipap]. :)



Saya bukanlah penggemar karipap. Tapi memang kuih ni antara paling glemer sebab pada saya karipap ni mudah dan tahan lasak :). Mudah sebab boleh buat sekali banyak then frozen kan. Nak makan just goreng. Maksudnya takdelah dan-dan tang tu gak nak kena buat untuk makan sebab tak tahan lama macam kuih talam ke.. Tahan lasak sebab kalau nak angkut gi mana-mana jaranglah senang benyek/penyek.
Tapi ada 2 tempat yang saya suka nak beli karipapnya iaitu Ikea dan gerai Karipap Gergasi Kuala Selangor ni..
Entri ni bukan untuk karipap Ikea tapi untuk Karipap Gergasi Kuala Selangor.


Mula-mula saya jumpa gerai jual Karipap Gergasi ni kat tepi jalan kat Kapar dah lama gak la.. tahun bila entah..rasanya sebelum 2013 lagi.. Selalu selisih je on the …