Wednesday 29 October 2014

Idea Tema Birthday - PILOT / AIRPLANE

Assalamualaikum dan hai.. :)

Lama tak meng'update'. Kesibukan sikit memandangkan dah mula masuk kerja lepas cuti bersalin. Draf blog post dah ada tapi masih dok edit tak sudah..

So untuk tak membiarkan 'rumah kedua'ku ini bersawang, kita letak entri gambar-gambar dulu lah eh..

Ingat tak hari tu ada janji nak post entri cara buat baju pilot Aliff yang Adhoc tu? Errr... nanti eh.. belum kumpul gambar lagi.. So sementara tu, saya share gambar idea-idea untuk tema birthday PILOT a.k.a tema kapal terbang/ airplane, Boleh boleh? :) 


Ni kerja tahun lepas lah.. sebab masa tu Aliff Rayyan memang kemaruk sangat dengan kapal terbang/ pilot. Sampaikan masa Pilihanraya tahun lepas, kat TV ada tunjuk juruterbang tentera udara (beruniform) yang beratur nak mengundi, Aliff tunjuk
kat TV dan  cakap "Ummy, tu macam Aliff. Pilot!" hihii...

Tengok idea memang cita-cita macam-macam nak buat la masa tu, tapi tak kesampaian sangat.. But still Alhamdulillah, Aliff happy!

Itu yang PENTING pun bagi seorang ibu kan :D

Ok so just nak share 'sedikit' gambar yang saya save kot kot ada yang terberkenan nak buat PILOT THEME BIRTHDAY untuk anak-anak korang laks :)


IDEA MAKANAN

Standard makanan kat birthday party mestilah comel-comel dan wajib ada kek!
















IDEA KEK

Kek adalah 'pelakon utama' di majlis :)






IDEA DESSERT TABLE

Susunatur meja je









IDEA GOODIES PACKAGING

Ni just idea macam mana nak bungkus goodies tu.. Isinya ikutlah apa-apa pun kan :)











IDEA PAKAIAN/ UNIFORM & AKSESORI

Nak buat sendiri boleh, nak sewa pun boleh, nak beli pun lagilah boleh..
Ada few websites saya jumpa tapi lupa pulak nak save link nya. Nanti saya check balik kot boleh tempek sini.. 
Tapi since bajet saya tak masuk dengan sewa uniform, cara mudah buat sendiri je. Simple giler kentang lah hehe.. Later saya tunjukkan caranya :)




Kalau nak tema pramugari muslimah boleh tiru ni :)








IDEA PROP

Haritu teringin gak nak buat ni. Saje buat budak-budak main hehe.. Tak sempat jugak huhuu



IDEA KAD JEMPUTAN

Ada banyak pilihan idea juga tapi ni antara yang paling menarik hati saya. So saya tempek 2 aje kat sini.. hihii 




Saya pilih yang ini.. SIMPLE dan MUDAH dan RINGKAS :D. Saya adjust warna dan isinya dengan Photoshop je.. 


Tu je daaaa..
Wassalam..


4 comments:

  1. Assalam dear....boleh tolong email sya tak tentg preparation tema kapal terbang ni... az.ariel09@gmail.com

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..mana dapat baju pilot tu..ples inform saya nurzurainyawi@yahoo.com/ 0139416970 (zura)

    ReplyDelete
  3. Baju pilot tu saya guna baju kemeja sekolah rendah je. Tie saya jahit simple je. Pangkat kat bahu tu guna kad warna hitam, gam kertas kuning tu then jahit kad tu atas baju.

    ReplyDelete
  4. Baju pilot tu saya guna baju kemeja sekolah rendah je. Tie saya jahit simple je. Pangkat kat bahu tu guna kad warna hitam, gam kertas kuning tu then jahit kad tu atas baju.

    ReplyDelete