Monday 21 July 2014

Tetamu Dari Anyang, Korea ~ Gyuri

Assalamualaikum dan hello! :)

Saje je nak tempek sini..
Hampiiir masuk Ramadhan aritu, rumah mak menerima kunjungan tetamu dari jauh... Anyang, Korea Selatan.. Tiara Gyuri namanya..

aliff, husna & ammar with gyuri
Gyuri ni kawan adik bongsu saya Hada yang dikenali di Sunway University.  Gyuri ni student pertukaran (ermm apa ke nama term nya??).  Actually dia dah tak belajar kat Malaysia dah pun tapi masih berhubung dengan adik saya..



Masa jumpa Gyuri kat rumah mak, terkejut gak sebab ingatkan dia duduk hotel. Untuk keselamatan Gyuri kat Malaysia ni, mak suruh dia tidur di rumah kami aje.. Siang hari boleh balik ke hotel.. Tau-tau ajelah kan.. kat Sunway tu ramai foreigners.. duduk sorang-sorang kat hotel agak berbahaya..

Bila tengok mak dan ayah masing-masing cuba nak cakap dengan Gyuri, saya tergelak-gelak gak.. lawak.. cakap sepatah-sepatah.. Gyuri ok je, boleh faham English juga tapi dia dengan Hada memang cakap Korea.. nganga tengok diorang bercakap. Even Hada pun jadi translator antara kami dengan Gyuri hihii...

ke hulu ke hilir ikut kakak gyuri
Adik bongsu saya tu memang die-hard fan Korea punya mende-mende.. so sejak kenal Gyuri ni, dia kata kena buka balik buku-buku bahasa Korea untuk mudahkan perbualan. Bersemangat!

Bila balik kampung untuk berbuka hari tu, rupanya Hada dan adik saya sorang lagi Hani, dah siap bawa Gyuri balik kampung kami lagi.. Kononnya nak bawa naik Bukit Melawati tapi silap timing sebab petang tu ada sesi tengok anak bulan Ramadhan kat situ..

pandai ke cakap korea dengan kakak gyuri? :)
Makcik saya siap bagi Gyuri rasa kerepek pisang la.. kacang botak la.. maruku la.. beli satay untuk jamu Gyuri kat kampung. Siap pek kan kecil-kecil kerepek-kerepek untuk bawa balik ke Anyang.

Hada bagitahu saya soalan pertama Gyuri kat saya, berapa banyak bahasa Korea yang saya tau, saya cakap kat Gyuri "Jo gem" (sedikit).. Reaksi dia "whoaaa..." hihii... Saya pun terkedu juga nak cakap Korea dengan Gyuri ni sebab dah lama tak praktis, banyak yang dah lupa.. sedangkan boleh je balun tapi hihii pemalu ;p

me & gyuri.. dah le balik keje lom mandi huhuu

Husna, Aliff & Ammar malu-malu kucing je jumpa Gyuri.  Sedangkan selama ni diorang biasa je cakap "Gam sa hap ni da" atau "Annyeog ha se yeo".. Tapi bila suruh cakap, malu pulak :)

Tapi bila Ammar dah selesa dengan Gyuri sampai siap tarik rambut dia lagi huhuuu... Oh Anakkuuuuu...

anyang - seoul
Saya ada tanya berapa jauh Anyang dengan Seoul. Gyuri bagitau, kalau guna subway, dalam 30 minit je.. Kiranya lebih kurang Subang Jaya/Shah Alam dengan KL aje lah kan... So next time nak gi Korea senang lah kan.. ade Gyuri untuk guide :)

An Nyeong!! :)

No comments:

Post a Comment