Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

Tetamu Dari Anyang, Korea ~ Gyuri

Assalamualaikum dan hello! :)

Saje je nak tempek sini..
Hampiiir masuk Ramadhan aritu, rumah mak menerima kunjungan tetamu dari jauh... Anyang, Korea Selatan.. Tiara Gyuri namanya..

Gyuri ni kawan adik bongsu saya Hada yang dikenali di Sunway University.  Gyuri ni student pertukaran (ermm apa ke nama term nya??).  Actually dia dah tak belajar kat Malaysia dah pun tapi masih berhubung dengan adik saya..



Masa jumpa Gyuri kat rumah mak, terkejut gak sebab ingatkan dia duduk hotel. Untuk keselamatan Gyuri kat Malaysia ni, mak suruh dia tidur di rumah kami aje.. Siang hari boleh balik ke hotel.. Tau-tau ajelah kan.. kat Sunway tu ramai foreigners.. duduk sorang-sorang kat hotel agak berbahaya..
Bila tengok mak dan ayah masing-masing cuba nak cakap dengan Gyuri, saya tergelak-gelak gak.. lawak.. cakap sepatah-sepatah.. Gyuri ok je, boleh faham English juga tapi dia dengan Hada memang cakap Korea.. nganga tengok diorang bercakap. Even Hada pun jadi translator antara kami dengan Gyuri hihii...

Cara Mudah Untuk Berhenti Merokok

Assalamualaikum..
Saya nak share cerita member saya tentang suaminya yang memang sangat sangat sangat benci dengan rokok.  
Pernah satu hari tu, ada seorang yang menumpang kereta suaminya minta untuk bukakan tingkap kereta belakang sebab dia duduk kat situ. Suami member tu ingatkan orang tu terkentut ke.. rupa-rupanya merokok!!
Memang pantang sungguhla kan... dah la suami member tu tak merokok dan tak suka rokok.  Tiba-tiba ada orang lain dengan selamber badak aje merokok dalam kereta dia.. Nasib tak mengamuk aje.. Suami member tu terus berhentikan kereta dan suruh orang tu turun kalau nak merokok.. Hihiii...
Samalah dengan saya pun. Memang tak suka rokok dan bau rokok. 
PEROKOK DALAM KELUARGA SAYA
Alhamdulillah, Allah makbulkan hajat saya supaya tak kahwin dengan seseorang yang merokok. Husband saya memang tak pernah merokok. Walaupun ayah mertua dan abang ipar masing-masing merokok, husband saya tak terjebak sekali.. Syukur..
Ayah saya pun tak merokok. Adik lelaki saya ada dua orang…

MH17 : Satu Lagi Hari Yang Tragik Dalam Tahun Yang Penuh Tragik

Assalamualaikum dan hai...
Sungguh terkejut dan berdebar-debar bila dengar berita flight MH17 terhempas di Ukraine lewat malam semalam.  Allah, rasa tak dapat nak lelapkan mata. Sepanjang nak tidur sentiasa baca Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada semua mangsa.
Belum lagi reda dan selesai tragedi kehilangan MH370, kita diuji lagi dengan tragedi terbaru melibatkan pesawat MAS juga..
Sungguh, Allah sahaja Yang Maha Mengetahui rahsia setiap yang berlaku.. 
Bangun sahur tadi buka siaran Astro Awani untuk ketahui berita sebenar. Kerajaan Ukraine mendakwa pesawat MH17 ditembak jatuh.  Dan tiada seorang pun penumpang atau kru penerbangan yang selamat.
Berita di radio pagi tadi, 43 penumpang, 2 kanak-kanak dan 15 kru penerbangan adalah warganegara Malaysia.. 
Al-Fatihah buat semua mangsa.. 
Bila jenguk FB wall, ada pula komen-komen tak enak. Datang pejabat pun dah macam-macam spekulasi. Saya tak berani nak kata apa sebab bukan dalam bidang kepakaran saya atau ada ilmu mengenainya.. Jadi dar…

Resipi : Burger Malaysia / Pau Sambal

Assalamualaikum dan hello...

Lama dah post ni ber'title' draf hihii..
So share aje lah kan..

Tiba-tiba hari tu kemaruk nak cuba buat burger malaysia a.k.a pau sambal ni bila terpandang entri seorang rakan di FB.  Tak pernah buat tapi antara my favorite kuih juga. Terutamanya bila dapat sambal yang ummphh dan rasa yis dalam pau tu tak melampau sangat.
Burger Malaysia/ Pau Sambal yang saya buat ni tak guna inti sambal tumis. Kebetulan ada lebihan masakan sardin, lenyek-lenyek isi ikan untuk jadikan inti burger malaysia/ pau sambal ni.. 
Recycle apa yang ada je.. elakkan pembaziran :)

Resipi ni ambil dari blog Cik Mat Gebu [klik sini] jadi ni copy paste aje lah ye..
Letak kat blog sendiri supaya senang nak refer balik  bila-bila masa teringin nak buat :)

RESIPI BURGER MALAYSIA / PAU SAMBAL
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 camca besar gula halus
2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca besar lemak sayur (shortening)
1/4 camca teh garam halus
1 1/4 camca teh instant y…

Cara Nak Buat Sendiri Ujian BSP (Blood Sugar Profile) Di Rumah ~ atau di mana sahaja :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Nak share pasal ujian BSP atau Blood Sugar Profile Test.  Ujian ni time pregnant kalau MOGTT sangkut memang terpaksa buat gak lah.. Kalau keputusan ujian BSP pun sangkut, rutin BSP test ni memang jadi kerap.. macam setiap 2 minggu.. 
So kalau taknak kerap kena buat ujian BSP ni, haruslah pastikan dapat keputusan yang memuaskan :). Barulah ujian jadi sebulan sekali aje... :)
UJIAN BSP KU FAIL!!
Masa mengandungkan Ammar, mula-mula tu tak tahu macam mana diet pemakanan sebenar untuk ibu-ibu mengandung yang ada GDM (diabetes semasa hamil) ni.. So hari 1st test gi pulak belasah mee kicap dengan air teh O ais.. 
Sudahnya keputusan ujian yang pukul 10 pagi tu tak lepas... so terpaksa lah buat lagi test 2 minggu selepas tu..
Lepas jumpa pakar pemakanan dan cari maklumat tentang GDM di website, saya dah tahu macam mana pemakanan yang saya boleh ambil dan yang mana perlu elakkan terutamnya masa mengandung ni...
MASALAH SUNGGUH NAK BUAT UJIAN BSP
Lagi satu m…

Yusuf Taiyoob Kota Damansara - Hajat Tak Kesampaian...

Salam 11 Ramadhan..
Allah sudah hari ke-11 ye.. Adakah matlamat Ramdahan kali ni telah tercapai atau masih sama aje macam bulan-bulan terdahulu? Jom muhasabah diri :)
Okay,  Bukan nak bagi tazkirah Ramadhan pun entri ni. Just nak share lawatan ke gudang Yusuf Taiyyob minggu terakhir sebelum Ramadhan yang lepas (25 Jun 2014).
Kenapa lawatan? Sebab tak tercapai hajat beli kurma yang diidamkan huhuu... 
Saya berhajat nak beli Kurma Mariami Natural sama macam yang saya beli tahun lepas [klik sini]. Tapi nampaknya jenis tu dah tak dijual dah.. Sebab saya call Yuta tadi, memang diberitahu yang ada hanya Mariami Prima dan Mariami Jumbo sahaja.. :(

Memang apa yang saya perhatikan banyak jenis kurma baru yang terpamer kat almari pameran tu.. Pelanggan yang datang pun memang ramai sungguh.  Nak ambil gambar kurma di display cabinet pun susah sebab ramai pula yang berkumpul depan tu untuk ambil gambar.. 
Disebabkan kekangan masa nak berkejar untuk hantar bos ke aiport lepas zuhur tu, masing-mas…