Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

Seminar OMG - Online & Offline Marketing Strategy & 3 Tips Bisnes

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah..
Weekend lepas Allah beri kesempatan kepada saya untuk sama-sama join satu seminar yang dianjurkan oleh Empayar Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) iaitu Seminar Online & offline Marketing Strategy atau nama glamornya Seminar OMG.



Seminar ini dianjurkan oleh leaders Shaklee kami dalam Empayar Maria Firdaus ni khas untuk ahli-ahli yang berdaftar dibawah susur galur kami.
Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang teknik/tips/strategi dalam menguruskan bisnes kami. Beruntung sungguh kami anak didik dalam susur galur ini, dapat banyak ilmu dari mentor-mentor yang berusaha menjadikan kami berjaya dalam bisnes ini..
Mari saya kongsikan TIGA TIPS TERPENTING  :)

[TIPS 3 - WAJIB ADA MENTOR]

Dalam menjalankan bisnes, kami acapkali diingatkan untuk mempunyai mentor yang betul dan tepat!
Ini adalah untuk mengelakkan kita dari menjalankan bisnes secara membuta tuli, langgar dinding/tembok berkali-kali. Kalau kita nak jalankan …

Jagalah Kesihatan Sendi Kita

Assalamualaikum..

Minggu lepas masa sampai rumah mak lepas kerja, mak bagitahu suruh bawa ayah ke klinik lepas isyak. Katanya ayah tak boleh berdiri siang tadinya. Bila saya jenguk ayah di bilik, kelihatan ayah berbaring je.. Mungkin sakit..

Cepat-cepat saya hubungi hubby suruh balik on-time so hubby boleh bawa ayah dan mak pergi klinik untuk pemeriksaan.
Tapi kemudiannya ayah taknak kami hantar. Dia hanya nak mak je yang temankan ke klinik. Mujur juga mak saya boleh memandu kereta. Jadi kami beralah, cuba memahami kehendak ayah. Mungkin malu nak tunjuk kesakitan tu pada anak menantu.
Kesokkan paginya, hubby call mak tanya keadaan ayah. Kata mak, doktor sahkan sakit kaki dan lutut tu disebabkan pelincir dilutut dah kurang.
Terus masa tu saya teringat kisah pembedahan lutut yang dialami oleh ibu rakan saya yang saya baca di blog.  Baca kisah tu saja pun dah buat bulu roma meremang. Seakan-akan terasa kesakitan tu..
Patutlah lutut ayah terasa sakit.  Tulang bahagian atas sudah mula &#…

Homecooked Ala-ala western :) : Resipi Mixed Herbs Roasted Chicken, Sos Black Pepper, Grilled Vege, Mediterranian Rice & coleslaw

Assalamualaikum...

Dah lama tak masak set ala-ala Nandos.  Dulu-dulu pernah try buat set ala-ala Nandos ni [klik sini].  Kali ni teringin nak buat tapi tukar style sikit.  Kali ni tak guna sos Nandos, ganti dengan sos black pepper pulak.  

 Aliff Rayyan memang pandai ambil hati Ummy dia ni.. asyik cakap "sedapla ummy masak, terima kasih ummy".. suruh dia tukar, cakap Alhamdulillah dulu, syukur pada Allah dulu baru berterima kasih pada makhluk.. walaupun ibu sendiri :D
Ammar Naufal pun berselera makan (Ammar memang suka makan). Tapi yang paling dia suka, coleslaw! Siap kena sorok bawah meja (kami makan bersila, meja rendah ala-ala jepun).  Ammar nampak coleslaw dalam pinggan orang lain pun dia boleh 'kaut' terus masuk mulut.. hihiii..
So saya share resipi disini.. boleh olah ikut selera masing-masing :)

Resipi ni Alhamdulillah boleh kata ngam-ngam untuk kami 2 dewasa 3 kanak-kanak. Cuma nasi ada berlebih sikit. Semua pakat ratah lauk je :)
###################

Mixed H…

Hari Guru 2014 : Hadiah untuk Cikgu

Assalamualaikum...

Hari ni 16 Mei 2014.. Hari Guru..

Husna dan Aliff akan meraikan guru-guru mereka hari ini..

Semalam dok fikir dan google pinterest idea-idea untuk gift cikgu.  Banyak gak yang menarik walaupun simple je.. Tapi pening gak nak pilih mana satu.. Nak pulak bila minta pendapat member, buka cerita cikgu adiknya siap pesan awal-awal taknak hadiah pen, cawan dan apa lagi entah.. sebab kononnya dah banyak dapat. Hadiah lain ok tapi kalau nak bagi pen ke, takyah bagi hadiah pun takpe/lagi baik.. 
Aikk menyirap gak darah tiba-tiba.. teremosi pulak.. Rasanya tak kisah la kalau murid tu sekadar mampu nak beri pen ke cawan ke... mungkin tu aje pun yang termampu disediakan oleh parents tu.. Kalau siap demand, emmmm tak sesuwaii...
Sudahnya member kata, masa hari guru tu adiknya taknak pergi sekolah..

Sebagai ibu, perasaan saya adalah untuk beri anak saya rasa keterujaan untuk memberi sesuatu atau hadiah kepada seseorang yang lain terutamanya kepada orang-orang yang dia hormati ata…

Kebaikan Mealshake Shaklee Kepada Kanak-kanak

Assalamualaikum..

Anak-anak kita terutamanya untuk ibubapa bekerja akan dihantar di taska atau di rumah pengasuh.  Kanak-kanak memang kerap dijangkiti penyakit terutamanya bila dah bercampur ramai-ramai tu.. Demam, selsema, batuk.. semuanya berulang-ulang..
Tambahan pula anak-anak ni suka explore macam-macam.. pegang situ.. pegang sini.. tangan kotor, pegang makanan masuk mulut.. 
Macam anak bujang saya sorang tu, Ammar.. semua benda nak dimasukkan dalam mulut.. pernah mak saya kata dimasukkannya duit, skru, jarum peniti pun ada.. Astaghfirullah.. mengucap panjang saya.. Tapi Alhamdulillah, memang sempat dikeluarkan sebelum tertelan.. Allah sahajalah yang melindungi Ammar dari tercedera dengan habit dia tu..
Kalau depan mata kita memang la boleh kita kawal. Tapi dibelakang kita? kat nursery? tak terkawal la rasanya penjaga yang ada tu nak tengok satu-satu perangai anak-anak kita ni... Tau-tau je dah kena jangkitan, demam.. tak sihat.. Mak ayah kena la ambil cuti pulak untuk jaga anak…

Menaikkan Berat Badan Secara Sihat

Assalamualaikum wbt..

Saya nak berkongsi pengalaman seseorang dalam Group MFMS kami (beliau meminta namanya dirahsiakan :)) yang telah berjaya menaikkan berat badan beliau daripada 41kg pada Disember 2013 sehingga 51kg pada Mei 2014.
Katanya sebelum ni berat beliau hanya pada 41kg - 42kg sahaja.  Malah doktor menyarankan agar beliau menaikkan berat badan. 
Beliau amat berpuas hati dengan kenaikan berat badan sehingga tahap yang diimpikan.  Kalau dulu katanya hanya tulang tapi sekarang terasa 'ada isi' :).  Malah katanya suami turut suka dengan perubahan beliau..
Alhamdulillah.. Beliau telah mencapai berat badan impian dengan Set Weight Gain (Menaikkan Berat Badan) Shaklee yang halal, mendapat kelulusan KKM serta diperbuat dari bahan-bahan semulajadi (bukan sintetik).  Selamat dan berkesan.. InsyaAllah dengan izinNya.
Set Weight Gain Shaklee terdiri daripada Mealshake, Vitalea dan B-Complex.



Sekiranya anda ingin mendapatkan Set Weight Gain Shaklee atau mana-mana produk Shaklee,…

Mega Gathering X-UtmViking 2014 @ The Legend Resort, Cherating

Assalamualaikum...
Cuti Hari Pekerja lepas, kami sekeluarga bertolak ke The Legend Resort, Cherating, Pahang untuk sama-sama memeriahkan Mega Gathering X-UtmViking 2014
X-UtmViking ni adalah nama group yang diberi kepada semua ahli dan bekas ahli/alumni pasukan kayak/ sukan air UTM Skudai dari batch super duper senior sampailah adik-adik yang masih lagi bergelar mahasiswa di UTM sekarang.. 
Tak sangka juga yang hadir haritu super duper senior dari batch tahun 1992 lagi.. Saya pula dari batch tahun 2000.  1st time jumpa senior-senior ni..
Kami bertolak hampir 12 tengah hari.. Dan tak konvoi dengan sesiapa.. Jalan sendiri-sendiri.. Maklumla anak-anak ni ragamnya lain-lain. Taknak ada yang terpaksa menunggu kami pula.. Alhamdulillah selamat tiba di hotel hampir jam 5.00 petang.  Bilik memang amat selesa.. cuma banyak staff tak boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia sebab bukan orang tempatan.

Malam pertama lepas dinner di Coffee House, ada taklimat program dan sesi memperkenalkan ahli-…