Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Apa Nak Buat Bila Tertinggal Icepack!!

Assalamualaikum...
Hmm.. working mommies yang breastfeeding pernah tak tertinggal icepack kat rumah... or maybe terlupa nak bekukan icepack??
Saya memang selaluuu... :)
Selalunya kalau bawa icepack tapi lupa nak bekukan malam tu, saya tumpang peti ais kat ofis kawan-kawan (sebab kat ofis sendiri dulu takde peti ais, sekarang je ade mini fridge dalam Bilik Pengurusan Bencana)
Kalau memang langsung tertinggal icepack di rumah, ada 2 pilihan yang saya selalu buat :
1. Beli ais kat kantin letak dalam plastik & ikat

2. Cari botol air mineral, isi air (jangan penuh) & bekukan kat peti ais ofis
Pilihan ke-2 tu selalu juga buat kalau outstation kat tempat-tempat yang hotelnya tak sediakan fridge langsung (cth: Fraser's Hill, Cameron Highland etc..) atau hanya sediakan chiller (ni biasanya hotel 4bintang ke atas).  Saya bagi botol mineral yang isinya 3/4 je pada staff hotel suruh simpan dalam freezer.. :D
Tapiii.. kalau tertinggal pam? Huhuhuuu.. saya sanggup patah balik rumah untuk…

Resipi : Jjamppong ~ antara menu korea yang glemer :)

Assalamualaikum... Memperkenalkan....   . . . Jjamppong..
Lama gak terrr-mengidam nak makan Jjamppong ni.. Ni pasal kat Running Man suka jugak dok keluar menu ni.. hisshhh.. nampak menyelerakan sungguh! Tapi harusla masak sendiri ye tak??
Ni dah masuk kali kedua masak Jjamppong.. Yang kali pertama tu sendiri nak buat. Yang kali kedua, hubby pulak yang request :)..  Kena la tu dengan tekaknya :)
Rasanya macam mana ya?? Emmm.... susah gak nak describe.. ala-ala mee bandung pun ye gak, ala-ala nak ke tomyam seafood pun ade gak cuma tak masam sangat la.. Tapi kami sekeluarga SUKA!!
Nak kata pedas, tak sangat kot.. Aliff & Husna pun boleh makan..
Resipi standard... ambil dari Maangchi [klik sini untuk resipi & video] je.. tapi yang ni saya dah translate ke BM..

Hot & spicy jjamppong
(2 servings - kalau kami cukup untuk 3-4 dewasa)

Bahan-bahan :
Mee (sama jenis dengan mee untuk jjajangmyun - tapi belum pernah jumpa lagi kat kl ni)
- boleh ganti dengan spaghetti (saya guna pasta …

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee !!!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..
Saya mula mengenali Shaklee sejak awal-awal kewujudan Shaklee di Malaysia.  Masa itu, mak saya yang menjadi Distributor nya..

Saya sendiri mula menjadi ahli dan mengambil supplemen Shaklee sejak 2004.  Disebabkan produk Shaklee telah banyak memberi kebaikan dan manfaat kepada kesihatan diri saya, saya memutuskan untuk menjadi ahli. 

Kini saya masih lagi mengambil supplemen Shaklee sepanjang kehamilan iaitu Set Kehamilan.. dan insyaAllah akan diteruskan dengan Set Bersalin dan Set Menyusu pula.. :)

Set Kehamilan, Set Bersalin dan Set Menyusu memang sangat-sangat mendapat sambutan luarbiasa.. Semuanya kerana ramai orang telah sedar kepentingan mengambil supplemen..

Tapi, saya just nak share, sebenarnya Shaklee ada banyak lagi produk dan vitamin kesihatan yang lain. Sesuai untuk kanak-kanak, orang dewasa dan orang tua.



Kiranya produk Shaklee ni memang sangat sesuai untuk semua golongan dan seisi keluarga.

Alhamdulillah, berdasarkan feedback dari customer…

[Dedikasi Seorang Guru]

Assalamualaikum...

Saya sangat hormat pada orang yang bergelar guru.. Satu profesion yang tak semua orang mampu galas.
Dua kali saya berpeluang hantar Husna ke sekolah (biasanya ayah Husna la). Sangat kagum dengan PK HEM ni. Setiap pagi tanpa gagal beliau akan tunggu dan sambut pelajar-pelajar di pagar sekolah. (Husband cakap, kalau PK HEM takde, Guru Besar yang akan terpacak kat pagar sekolah ni..)
Dan pagi semalam, keadaan jalan sesak di luar pagar sekolah disebabkan ada insan kurang prihatin meletak kenderaan yang menghalang kelancaran trafik. Cikgu ini dengan rela hati mengawal trafik di situ bagi memastikan pelajar-pelajat selamat dihantar ke perkarangan sekolah oleh ibu bapa masing-masing..
Serius, sangat terharu..
Semoga Allah beri balasan kebaikan kepada PK HEM, Guru Besar, guru-guru SKKL & keluarga mereka.. Juga kepada guru-guru di luar sana yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk pelajar-pelajar mereka..


Sekolah Husna ni bukanlah satu sekolah yang hebat atau well known, …

Pengalaman Menggunakan Set Kehamilan Shaklee

Assalamualaikum..


PREGNANCY SEBELUM INI
Ramai yang kata nampak teruk sangat keadaan saya.. Asyik lemah je. Alahan pun boleh tahan.. Selalu terpaksa berlari nak ke tandas sebab muntah.  Kadang-kadang tak sempat nak sampai ke sinki/tandas dah terkeluar isi perut.  Terpaksa la ambil alih tugas cleaner tandas, cuci lantai yang dikotorkan sendiri huhuuu...
Masa tu saya mula pregnant bulan April.  Disebabkan badan sangat lemah, bulan Jun itu je saya hanya datang bekerja selama 9 hari sahaja.  Hari-hari lain semuanya ambil cuti kecemasan.. cuti harian..sebab tak mampu nak angkat kepala pun.. Dugaan... :)
Masak memasak?  Memang cuti memasak sepanjang trimester pertama masuk ke trimester kedua.. sebab sangat tak larat.  Bau tumis, minyak pun boleh buat nak pitam..
PREGNANCY SEKARANG - Anak keempat

Pregnancy dah masuk 20minggu sekarang... Alhamdulillah, pregnancy kali ni diberikan kemudahan oleh Allah...
Ramai kawan pejabat yang tegur nampak cergas, segar.. malah ada yang baru perasan saya pre…

Jangan Salah Pilih Group/Mentor !!

Assalamualaikum...
Forwarded from my Master :) -------------------------
[AWAS!! JANGAN TERSALAH LANGKAH!!]

Ini adalah sms yang saya dapat semalam.



Sekarang ni, SHAKLEE dah menguatkuasakan undang-undang, iaitu:-
1) HARGA AHLI hanya untuk AHLI BERDAFTAR
2) HARGA PASARAN untuk yang BUKAN AHLI.

Jadi, kalau anda nak dapatkan HARGA AHLI (20% kurang dari HARGA PASARAN), sila lah jadi ahli Shaklee berdaftar. Boleh jimat banyakkkk tauuu!!

-----------------------------

TAPI AWAS!!

Jangan tersalah pilih siapa upline dan GROUP yang anda akan REGISTER yer..

Orang yang anda register di bawahnya, sepatutnya menjadi MENTOR anda, dan BERTANGGUNGJAWAB memberi info produk dan panduan bisnes jika anda betul-betul serius nak berjaya bersama Shaklee.

Takut-takut terjadi macam kes SMS yang saya dapat ni. Lepas register, upline hilang entah ke mana, satu guide pun tak ada.

Ini bukan kes pertama yang saya jumpa. Dah ramai yang ada masalah ni. Kesian sangat.

Tapi jangan risau, masih ada jalan peny…