Monday 24 June 2013

Vaksin dos ke-3 : Kerunsingan itu...

Assalamualaikum...

Rentetan kes Ammar Naufal kena hives selepas suntikan vaksin DTaP semasa suntikan umur 3 bulan. Boleh rujuk entri ini


dan ini juga..


Semasa check up 4 bulan (tiada jadual untuk imunisasi) di KK yang sama, saya tanya nurse yang check tu dan saya tunjukkan gambar2 yang saya ambil. Beliau sahkan tu memang allergik. Penerangan yang diberi sama macam apa yang saya baca tentang hives dan kemungkinan Ammar akan dalam bahaya disebabkan pengecutan otot/saluran pernafasan dll.. Beliau turut sarankan masa 5 bulan (bila datang untuk imunisasi dos ketiga), saya perlu bagitahu nurse bertugas so maybe perlu jumpa doktor or refer ke hospital untuk kes saya. Dan berpesan kalau terjadi lagi lepas imunisasi cepat2 pergi ke hospital bahagian kecemasan.


Dan akhirnya tiba juga tarikh temujanji 5 bulan pada 19 Jun lepas. Beberapa hari rasa berdabar2 dan runsing sangat takut kalau2 kesan allergik tu berulang. Siap prepare untuk stay bermalam kat rumah mak lepas imunisasi tu (sebab lebih dekat dengan hospital) dan monitor sepanjang masa.  Tak putus-putus berdoa semoga Ammar tak mendapat mudarat.. Memang tak dapat fikir apa2 kemungkinan pun.. berserah aja pada Allah..

Lepas ukur berat/tinggi, saya suarakan lagi kesan allergik pada nurse yang bertugas hari tu. Tunjuk lagi gambar2 Ammar. Beliau rujuk pada doktor untuk keputusan.. Doktor putuskan Ammar tak perlu ambil dos ketiga tu.. Skip terus. Bulan 6 nanti terus dengan Hepatitis B saja..

Dalam pada blur tu rasa bersyukur dengan keputusan tu.. Mungkin tu petunjuk dariNya.. Alhamdulillah.. 

Sahabat saya umi ada tag saya link kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh KKM & Jakim berkenaan isu halal vaksin.  Buat masa ni fokus kerisauan saya lebih pada kesan sampingan serius pada Ammar sebab Ammar dah alaminya. Isu halal insyaAllah saya yakin pihak terbabit telah jalankan tanggungjawab mereka.. 

Dalam artikel tu ada maklumat yang memang saya cari-cari iaitu berkaitan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.  Kita boleh buat aduan tentang sebarang kesan sampingan ubat/pelalian yang diambil.. Bagi kes Ammar saya download borang aduan di portal tersebut untuk kes AEFI (Adverse Events Following Immunisation), saya isi dan ada bahagian yang Klinik Kesihatan kena isi.. 

oh nampaknya saya tertinggal satu lagi borang daa.. untuk kesan serius kena isi borang Adverse Drug Reaction (ADR) juga. Nampaknya kena gi KK lagi la.. 


Alhamdulillah.. 
terima kasih Allah.. 
segala ketentuanMu adalah yang terbaik buat hambaMu..

6 comments:

  1. hehe..alhamdulillah...semoga semuanya selamat nanti.. jerebu ni lagila kene jaga betul2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..semoga Allah melindungi anak2 kita ya :)

      jaga kesihatan time jerebu ni ok :).. kami ni nak kene outstation pulak minggu ni.. takmo gi bule? hehe..

      Delete
  2. alhamdulillah liza
    allah beri pertunjuk yg baik.
    lain anak lain kan pngalaman nk mbesarkan mereka

    aku suka cara kau.tahniah krn bfikiran tbuka.ko juga masih mrujuk pd doktor lg dlm kes gni.yup.doctor juga ada gerak hati yg baik sepertimana allah juga gerak kan hati kita sbg ibu.jika itu tbaik buat ammar..takpe..x perlu vaksinkan jika ammar tak sesuai.buat laporan yg mana perlu.

    aku sbnrnya kurang gemar segelintir ibu2 yg obses antivaksin,apatah lg merantai2kan artikel yg 50 50 tatau benar atau tidak.dunia perubatan moden memang ada ilmu bcanggah tapi janganlah trus memba** buta mghentam doktor,gov dan sbgnya dan pengaruh org sana sini.bosan seh aku dgr org btelagah pasal antivaksin and provaksin ni.masing2 tjk pandai jaga anak.

    sdgkan ilmu kita sbnrnya tlalu cetek krn kelemahan kita..bacalah byk mane ilmu pun pasti ilmu masing2 tidak sluas ilmu allah.tiap2nya allah lg maha mgetahui yg mana baik,mane yg buruk.sbb tu..allah sndiri dah melantik tiap2 org dgn ilmu masing2 samaada doktor,saintis,guru..jurutera.ye tak?kalu semua org pandai sgt,gtew yg jurutera pun boleh la bedah org.doktor pun boleh bw kapal terbang.hehehe.

    tiap2 ant kita,buat tbaik cukuplah hanya tuk anak2,bukan tuk dibangga2kan yg kita ni ibu tbaik perlu dicontoh atau jd ikotan ibu laim.inilah fenomena ibu2 obses yg aku nampak zaman skang.

    ops.sori tpanjang.luahan hati dr org yg da bosan dgn ptelagahan ibu antivaksin n provaksin.hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. semua perkara datang dengan hikmahNya..

      Betul kata kau. Kita ni sememangnya sangat terbatas ilmu. Hanya Allah yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana. Semua rahsia dalam genggaman Allah. Apa yang kita tak ketahui, mohonlah petunjuk dariNya. Yakin akan bantuan dari Allah..dan sentiasa bersangka baik denganNya..

      Untuk pihak yg bertelagah, masing2 ada 'argument' sendiri. Cuma pada aku kalau nak bertelagah biarlah dengan cara yang baik yang menunjukkan pekerti/budi bahasa seorang 'ibu'.. adalah sangat scary baca komen2 yang ada huhu..

      Sebagai ibu, apa yang kita boleh buat just yang terbaik untuk anak2 kita dan berdoa semoga itulah yang terbaik. Semoga kelalaian kita/keluarga kita tak mendatangkan kemudaratan kepada orang lain dan kelalaian orang lain tak memberi kemudaratan untuk kita/keluarga kita..

      p/s: jurutera jalan pun belum tentu pandai turap jalan sendiri hehe...

      Delete
  3. Yup, aku sokong tindakan ko liza...kita perlu ambik lebih precaution sebab anak kita pernah mengalami adverse effect... Aku join group2 kt fb or mane2 pun disebabkan nak ilmu. Aku tak campur pun bab komen2 diorg sebab mmg kalau tengok komen2 agak over la pulak kan. Lebih doktor dari doktor!...huhuhu... Jadi join untuk dptkan ilmu then gunakan akal fikiran kita sendiri nak pakai ke tidak. Yang penting, IQRA'... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul
      cari sebanyak ilmu yang boleh. Dapatkan banyak pandangan juga terutamanya dari golongan yang lebih pakar..

      Delete