Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

10 Tips dari Pakar Mental Kanak-kanak {shared}

Assalamualaikum..
Hari ni terbaca link yang kawan sekolah share kat laman FB.  Seronok juga bila kawan-kawan share ilmu keibubapaan yang kadang-kadang terlepas pandang atau kurang ambil kesah sangat sebelum ni...
Entri ni copy paste dari blog Adlil Rajiah {link} tapi maaf tuan blog, ada potong-potong sikit, just letak yang intipati utama aje.  Sila lawat blog beliau di link yang diberi tadi untuk entri penuh. Klik aje {link}.. Buat copy kat sini adalah untuk mudahkan rujukan saya & husband pada masa-masa akan datang. Blog sendiri senang nak ingat kan.. :)
Kebanyakan tips ni memang diketahui ramai contohnya macam bagi anak main dengan gajet2 untuk lekakan diorang a.k.a menyenangkan mak ayah buat benda lain/ tidak diganggu anak.. Husna sendiri pernah minta belikan iPad tapi saya menolak.  So Husna cenderung pada TV pulak sekarang, bangun pagi dah gi pasang TV dulu.  Ingatkan dah ok dah dengan limit masa yang diberi.. hmm nampaknya kena potong lagi waktu TV ni.. Kadang2 memang rasa n…

Bantu mangsa banjir di Pantai Timur : bantuan & doa

Salam Jumaat penghulu hari..

Terpanggil untuk share..

Memandangkan sekarang sibuk orang memperkatakan tentang musibah banjir di pantai timur terutamanya di Kuantan.. ditambah pula dengan respon-respon yang negatif di FB.  Saya nak berkongsi antara intipati kuliah Jumaat hari ni.. Iaitu berkenaan musibah.  Allah telah menerangkan secara terperinci bagaimana ciri-ciri musibah ditimpakan kepada kita.. dan Allah beri juga panduan cara/bagaimana harus kita sebagai hambaNya memberi respon..
...dalam Surah Al-Baqarah (Ayat 155-157)

Maksudnya:
155. Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.
156. (Iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inaalilllahi wa inna ilaihi raji'un"
157. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk 
Maka kata ustaza…

20% diskaun Novel Ramlee Awang Murshid @mphonline

Salam...
Lupa pulak nak post entri ni.. dah terlewat 1 minggu dah.. tapi sempat lagi! Bagi sesiapa yang minat penulis Ramlee Awang Murshid ni, Mphonline tengah ada promo sampai 31 Oktober 2013.. tapi hanya dengan pembelian online sahaja. Walk-in ke MPH bookstore tak dapat la...
klik {http://www.mphonline.com/offers/koleksi_misteri.aspx}

Antara penulis-penulis novel melayu yang saya suka adalah Ramlee Awang Murshid (RAM) ni la.. ada jugak beberapa lagi tapi sebab kekangan waktu nak membaca novel, saya just follow RAM ni aje sekarang ni.. Minat dari jaman U dulu.. start baca buku  beliau novel Tombiruo, Ranggau & Mandatori.. dipinjamkan oleh sahabat saya Siti Zaleha.  Lepas-lepas tu saya beli sendiri pulak.. tapi novel yang 3 tu saya tak beli sebab dah baca hehe.. 
Masa takde anak, dapat gak baca banyak novel lagi.. anak sorang dah kurang sikit, anak 2 lagi kurang.. anak 3 hmmm.. jarang2 kot dapat pegang novel.. buku bacaan saya sekarang ni pun boleh kata 95% non-fiction je.. bab-b…

Breadmaker Tesco murah! (offer 2 minggu je)

Salam Jumaat Penghulu Hari... :)

Minggu ni PA bos berserta bos cuti panjang sempena raya haji.. jadinya untuk memenuhi amanat mengambil suratkhabar yang bos langgan setiap pagi dah bertukar tuan untuk seminggu ni :)..
Tapi since paper yang bos langgan tu bukan my fav so hanya menyelak-nyelak lembarannya sahaja (teruk nyee..). Dan dengan standardnya orang perempuan memang la berminat nak tengok iklan2 jualan murah etc.. Ada iklan barangan elektrik Tesco. Terpandang Breadmaker aje pun... memang murah lah  RM199 aje (harga biasa RM299).


Harga masa saya beli pun RM249.  So sape2 berminat nak beli boleh terjah Tescohari ni :).. Tawaran dari 17 Oktober - 6 November 2013 sahaja..


Sape2 yang suka makan roti and nak buat sendiri untuk family memang sesuai la beli.. Boleh buat pelbagai jenis roti.. Google aje resipi roti yang diminati.. Dalam blog ni pun ada juga resipi roti yang pernah saya buat.. semuanya diuli guna Breadmaker Tesco, macam kat bawah ni..
Bun kacang merah
Bun kacang merah (versi…