Monday 6 August 2012

Projek Amal : Dana 'Syawal Kit' untuk keluarga fakir, miskin & ibu tunggal di JB

Assalamualaikum...

Yeay!! another projek amal!! another peluang untuk tambah saham akhirat, insyaAllah... saya pernah terbaca status FB seorang rakan (sumber asal saya tak ingat). Katanya (lebih kurang la..)..

" Duit dalam bank belum tentu jadi milik kita. Tapi duit yang kita sedekahkan akan pasti menjadi harta kita, insyaAllah.."

Subhanallah... memang betul kan?


Projek ni dengan bangganya diilhamkan oleh student fakulti senibina UTM Skudai.. Oh syukur Ya Allah.. bangga saya jadi sebahagian warga UTM. Walaupun bukan student fakulti civil engineering yang ilhamkan but kesedaran adik2 UTM kita ni memang sesuatu yang membanggakan..Alhamdulillah... semoga Allah akan mempermudahkan niat adik2 ni...

Syawal Kit ni untuk keluarga fakir miskin yang memerlukan.. Dalam kemeriahan kita menyambut Syawal dengan makanan yang mewah, ada lagi keluarga yang tak mampu sediakan juadah Syawal macam kita.. So jom! kita sumbang sedikit untuk mereka... :)

Tarikh akhir pengumpulan dana ni adalah pada 10 Ogos 2012 jam 3.00 petang..

Dari FB Telekung Project;

Assalamualaikum.....

Project baju raya untuk anak-anak RAKB telah selamat ditutup ALHAMDULILLAH, dan kini admin buka untuk kebaikan yang seterusnya........

"SYAWAL KIT" untuk 25 keluarga fakir, miskin dan ibu tunggal di sekitar Johor Bahru. Project ini diilhamkan oleh pelajar-pelajar SENIBINA dari UTM SKUDAI. Mereka approach admin dengan list data keluarga yang memerlukan bantuan (Sumber IKRAM). Dan adik2 ini akan membantu admin dalam menjayakan misi SYAWAL KIT ini, InshaAl
lah.

Syawal kit ini terdiri daripada barangan dapur utk kemeriahan syawal seperti minyak, ketupat segera, susu, gula, tepung, bihun, kordial, nescafe, milo..... dan untuk satu family juga, TP cuba kumpulkan dana untuk support setiap keluarga RM 200 utk mereka beli daging, ayam (barangan basah) since kita tak boleh nak belikan awal2.

Oleh yang demikian, admin ingin berkongsi peluang ini utk kita sama-sama berukhwah utk membantu mereka kerana mereka juga layak utk bergembira seperti kita di AIDILFITRI nanti.

InshaAllah, admin akan turun ke JOHOR BAHRU utk melaksanakan misi ini bersama-sama dengan adik2 UTM SKUDAI. Semoga Allah permudahkan. dan cadangan tarikh ialah pada 11hb Ogos ini....

Bermakna, rezeki keluarga ini bergantung kepada jumlah dana yang terkumpul selama seminggu ini. Dan tarikh akhir utk finalize dana ialah pada 10 Ogos jam 3 petang.

Barangan akan dibeli di Johor bahru kerana tidak practical utk admin beli siap2 di sini. InshaAllah.

Sumbangan dana utk 'SYAWAL KIT' ini boleh dimasukkan ke akaun admin;

5127 7250 1950, MAYBANK, NORAZILA ABDUL AZIZ

kemudian..... WAJIB, PLEASE.... email transaksi sumbangan ke
azila79aziz@gmail.com
ini sgt penting utk tujuan rekod admin, so that nyatakan tau 'SYAWAL KIT'.

InshaAllah..... jom sebarluaskan kebaikan ini agar mereka juga turut bahagia dan layak bergembira di hari Raya nanti.... AMIN.

Salam Ukhwah,
AZILA AZIZ

No comments:

Post a Comment