Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

Raya Ep2 : Hari Lahir Husna

Salam.. Hari ni baru masuk ofis. Semalam EL, rasa letih sangat. Isnin Selasa saya di Machang, untuk audit penyerahan jambatan Sg. Kweng Hitam. Lepas naik cuti raya tak henti2 dengan audit sana sini. Lepas raya seminggu di Terengganu, next week 3 hari di Seremban pulak. Naik menyampah pun ade, nasib la...
hari ni try layout blogger yg baru ni..
Sambung cerita raya? episod 2 lak...
Kali ni just nak tulis pasal birthday Husna yang ke-4.  Untuk tahun ketiganya birthday Husna jatuh pada bulan Ramadhan. Tahun ni 26 Ramadhan.  So saya decide nak sambut on 1st raya.  Husband cam tak setuju sebab katanya tak sempat nak buat, almaklumlah kene wat kek cupcakes untuk kakaknye kan.. tapi saya nekad jugak, demi anak saya.. lagipun dah lama janji dengan Husna nak celebrate birthday dia kat kampung. Anak sekecil itu pun tahu erti janji kan.. 
:: Not a purple cake ::
So tengah hari lepas dah kurang busy melayan tetamu yang datang beraya, saya terus start hias kek.  Tak sempat nak buat yang fancy2..ala…

Cerita Raya episod 1 (dah outdated pun =D)

Assalamualaikum....

Selamat hari raya semuaaa..
kalau ada salah silap, terkasar bahasa dan perbuatan harap dimaafkan ye..

Dah masuk 2 minggu raya baru nak update blog.
Bulan puasa memang kurang bukak blog pun. Lepas raya, ni la baru bukak blog ni. Sorryla.. blog kawan2 pun saya tak dapat jenguk =D.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Raya tahun ni 8 hari 8 malam saya di Tanah Merah, Kelantan, kampung suami saya. Alhamdulillah 12 jam perjalanan pergi, 9 jam perjalanan balik ke KL lancar dan tiada masalah.
Barang banyak tak hengat, yang banyaknya barang-barang nak buat dan hias kek.

Cerita pasal kek ni, mula-mula saya stress gak pasal kena buat kek & cupcakes ni sebab asalnya saya ingat kena buat satu set cupcakes untuk hantaran kahwin aje. Tengok-tengok ahad malam, seminggu sebelum raya, kaka ipar confirmkan kene buat kek 2 tingkat, cupcakes 2 set hantaran & tat nanas bentuk buah (utk 2 set hantaran juga). Rupanya ada majlis tunang & kahwin sekali, and semua kene buat 2 s…