Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

Putrajaya -> Aquaria -> KLCC -> Puteri Subang => pengsannn..

Salam..
ok ni ceriti lama daaa...

Sabtu 19 Mac aritu kami bawak kanak2 riang ke Putrajaya untuk tengok belon besor.. pagi-pagi sebelum kol 7am dah paksa diorg bangun mandi.. mengamuk2 la budak2 ni sebab kene paksa bangun =D. Masa cadang kat husband mula tu, die dah cakap taknak naik belon tu, so terasa cam die saje melambat2kan masa bertolak tu.. bile sampai sana je Husna nak naik lak, incik husband pun tetiba rasa yg sama chett.. tapi malangnye dah takde tiket daa.. 300 tiket aje per sesi (1hari 2sesi). ada yg bagitau org beratur nak beli tiket dr 6.30pagi.. ishh biar betul?


masa sampai tu dari jauh nampak belon doraemon. Husna beria nak tengok tapi dok cari2 tak jumpe. rupenye time kami sampai tu doraemon dah di'penyek'kan. Kuciwaaa.. so tengok2 aje la apa yg ade.. pergi kat gerai2 yg ade, cari apa aktiviti yg husna boleh buat.. so ini je yg cam menarik..


kat sana banyak orang main+jual pistol buih2 tu.. husna merengek la kat ayah nye...

berjaya gak dapat apa yg dihajat..




Sebelum…

Stressful weekend!!

Weekend ni mencabar minda sikit pasal dua2 hero dalam rumah ni demam. Demam masing2 dekat 40degree.. haihh.. dugaan tol.. nasib Husna tak demam sekali.. Husband demam dah masuk 2 hari, pun tak kebah2 lagi ni. Langsung arr tido aje la...rehat..

Hmm.. maybe tak cukup rehat pun.. hari2 kerja balik 10-11mlm.. sabtu ahad pun selalu gi keje gak dari pagi sampai ke malam.. saya saman AESB ni kangg!! =p

Aliff pagi ni saya (sorang2 drive gi Kota Dmnsr) bawak gi klinik balik sebab Dr. dah pesan aritu soh bawak balik kalau demam datang semula. Sikit punya awal la pergidalam 8lebih sebab ingat klinik bukak kol 9am.. Sampai2 tengok, rupenye hari Ahad bukak kol 10 daa.. dahtu gi la McD KD tu nak breakfast la kununnya.. sekali tengok..mak aiii ramainye manusia..

setiap kaunter ade dalam 30 org berbaris.. hehhh org2 KD ni mmg dasattt... so pegi masuk kereta balik, beratur utk drive thru aje daa.. nak makan kat situ tak dapek la kot..dahle kami berdua aje, mane nak dokong aliff, dengan takde org boleh…

:: Earth Hour 2011 ::

Ya Salam...

:: earth hour ::

Malam tadi Earth Hour. Rasanya dah masuk tahun ke-3.. 8.30malam dah off semua lampu, kipas and semua suis except utk fridge dan deep freezer.. aci tak? =D..

Tapi dalam kol 9.15mlm, husband gi bukak lak lampu..nak gi dapur and tengok sampul ubat nak makan.. alasan? gelap, tak nampak.. chett..memang le tak nampak.. tapi pastu tutup balik gak la.. so disebabkan insiden ni berlaku, saya extend sampai dekat kol 10mlm baru bukak lampu, kipas.. tu pun pasal Aliff batuk2 pastu muntah. Sebab nak tengok conditon Aliff le baru bukak lampu..

Tapi bila intai kat luar rumah, banyak sangat rumah lain yang bukak lampu.. hmm.. masih terlalu ramai orang yg tinggi sifat 'ignorance'.. mengecewakan..


:: husna & aliff dalam gelap (without flash)::

:: masih lagi dlm gelap but gambar ni with flash laa =D ::

Btw, walaupun kami ada kesilapan teknikal masa Earth Hour, harapnya apa yg saya buat ada memberi sumbangan kalaupun tak banyak mana untuk kempen ni.. SAYA SOKONG EAR…

Berjuang hingga ke titisan terakhir...

Aliff dah 1 tahun 5 bulan.. dan ummy die ni tengah struggle gile nak up kan supply ebm. keadaan agak menyedihkan jugak sebab akhir-akhir ni sampai tahap zero stock dah. hari ni pam, besok bekal utk aliff.. paling kritikal bila seminggu sebelum-sedang-selepas 'red flag' lagi la output menjunam teruk. sampai kadang2 pam tak cecah 1oz.. memang mendukacitakan..

tapi.. saya masih gagahkan diri utk terus pam dan tambah frekuensi pam walaupun memang stress. stress simpan aje dalam diri, entah husband saya paham ke tak, saya pun taktau..

tapi kalau muhasabah balik diri, memang lately kadang2 ter'skip' jadual pam. Nak nye kalau hari audit, dok turun naik jambatan/culvert sampai siap audit. bile stop rest, baru boleh pam.. kadang2 melepasi 2 sesi baru dapat pam.. so jadi huru-hara gak la..

Pernah tanya husband, kalau takde stok ni camne? die jawab terpaksa bagi Aliff susu soya la kot.. huhh.. mengeluh jap.. tapi bile dengar jawapan camtu, saya rasa lagi kuat untuk teruskan usaha up…

Saya EL sebab nak buat Red Bean Bun??? =D

2nd entry for today...

Lupe le pule nak cakap, hari ni saya EL sebab Aliff demam dari semalam tak surut-surut. Suhu badan memang tinggi. Bagi ubat demam yang ada tu masih tak surut demam die. Tengah malam beberapa kali die bangun mengamuk, so ayah dengan ummy ni ngantuk tahap cipan hehe.. Ayah la yg paling tabah sebab ummy still boleh terlelap gak tu..ayah la kene pangku Aliff sepanjang masa.. Toceh ayah =D..

Pas sms bos cakap EL, kol 8gerak gi klinik kanak2 kat Kota Damansara tu jugak, tapi singgah dulu breakfast kat McD kat NKVE tu since klinik pun bukak kol 9. Aliff ngan Husna pun tak mandi lagi hehe..angkut haje.. Husna takmo tinggal umah nenek, nak ikut jugak..

Sampai klinik lepas register terus jumpa doktor.. syukur tak perlu tunggu lama.. mungkin sebab hari kerja kan.. (biasa2 sampai 1jam tunggu baru sampai giliran kami..). Sebab suhu tinggi sgt, doktor masuk ubat montot. Die cakap demam sbb infection.. infection ape ehh? Saya kang terus la terpikir saya gi dok bawah jambat…

양배추김치 (Yangbaechu Kimchi)

Salam...
ni 1st korean food yang saya cuba di dapur mini saya..

Motif tiba2 minat nak try Korean food? sbb seonsengnim (선생님) saya ada sebut masakan Korean jarang guna minyak. Satu botol minyak 1 tahun pun tak habis.. so, cam minat nak try la kan...

1st dish yg jadi pilihan? of course lah kimchi sebab well known kan.. tapi ni kimchi versi simple dan malaysia style sebab guna kobis bulat je, tak guna kobis diorg yg real tu Baechu/Napa Cabbage/Kobis cina (배추). Walaupun kat Malaysia ni ada kobis cina tu, but my seonsengnim (선생님) kata tak sama.. kalau nak yg hampir2 sama kene tunggu bulan november bila kat belah2 Korea tu nak start musim sejuk =D. But lain kali nak try gak kobis cina malaysia punye laa..

Actually ni 1st time gak rasa kimchi ni.. belum pernah cuba kat restoran Korea. Masa rasa tu, 1st bende terlintas kat kepala : cam sambal belacan ajee.. =D..

Saya just buat 1/4 resipi. Cukup la kalau takat nak try kan =D.. pepper flakes diorg (고추가루), den tak jumpo lah.. so saya guna Ba…

What's In Your Fridge : Survey

Tag ni originally from lizayati tapi tertarik untuk buat lepas ziarah rumah ayu =D.

Hmm.. selepas buat ni nampak macam tak meriah langsung fridge/dapur saya hehe.. cam tak banyak barang aje.. tapi rasa cam nak kene upgrade saiz fridge dah ni..cam tak cukup besar aje hehe..

.................................

1. Do you cook for your family?

A Yes
B No

2. How do you mostly decide on what dishes to cook everyday?

A I have dishes/ recipes that I just rotate every week or month
B decide based on what I already have in the fridge / kitchen on that day
C decide by asking my family what they want to eat everyday~~tanya hari2 kat my husband pun dapat jawapan sama : "masak apa yg ada jee.." so the answer would forever be B hehe..

3. What do you always stock in your fridge or in your kitchen – this refers to items you must have and will definitely buy/ restock if you run out of it? (Raw/ Fresh Ingredients)

A Chicken
B Fish
C Prawns (fresh)
D Beef (Daging)
E Sausages
F Fishballs / fish cake
G Taufu (Bea…

Banyaknyee scam email berkaitan bank..

Salam...

Pagi ni bukak email.. hmm ada lagi email pasal Maybank and CIMB.. selalunya bila dapat email camni, saya terus select, and pilih spam email je.. so terus la masuk spam box.


:: scam email arini::

Entah apesal hari ni saja-saja nak cuba bukak link kat situ. Pastu bukak web Maybank yang betul sekali.

:: tipu punye link ::

:: maybank sebenar punya page, same aje kan? ::

Hah!! sebijik sejiban.. silap haribulan memang boleh terpedaya la..

patutla ramai orang jadi mangsa scam ni.. dasyat jugak ehh.. pastu saya terus copy link tu dan terus send ke maybank melalui phishing report form kat web diorang tu.. Tadi kira semua email tu ade 23 email untuk bulan ni.. pergghh.. bersemangat betul makhluk ni nak mencuri duit orang ramai..

:: tipu punye : link address adalah bukan maybank punye ok.. tarikh surf dengan yang keluar kat web makhluk tu pun tak sama ok ::

:: maybank betul punye ::

Saya berdoa takde la saya dan keluarga 'terkena'.. semoga Allah sentiasa bagi saya dalam keadaan waras hehe…

Guna la botol BPA-free!! =D

Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A' PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak. "Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

berita lanjut sila lihat Berita Harian Online

---------------------------------------

Terima k…