Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

MInggu terakhir 2011

Assalamualaikum...
Lama sangat saya tak jengah blog.
Minggu ni last untuk 2011. Dan last saya berada di unit jambatan ni.. Next week saya akan bertukar ke unit selatan.

Tahun ni belajar part jambatan. Next year insyaAllah part jalan pulak. Syukur kepada Allah, walaupun dengan taraf kontrak ni banyak yang saya miss tapi sebaliknya saya untung juga. Untung dengan ilmu2 baru.. Sayang jugak nak keluar dari unit jambatan ni sebab terlalu banyak yang boleh dipelajari dan masih banyak yang belum saya tahu. But since kontrak hanya sambung sehingga end of next year and no more lagi, saya perlu grab peluang untuk belajar yang lain pulak...

:: pandangan dr atas pier cross head Bridge 2, Nusajaya ::
Ughh, still ada kerja pending perlu disiapkan esok jugak and nota serah tugas!! aiyaa!!

Work In Progress (WIP) & MadeByLiza

Salam Jumaat... Nak tunjuk saya punya WIP yang baru.. errr actually tak la baru sangat, cuma saya saja yang tak siap-siap lagi benda ni.. Apa dia?? Tungguuuuu.....
Hari ini saya create satu blog lagi tentang hasil kerja saya berkaitan seni yarn atau buat masa ni lebih spesifik kepada seni crochet (kait jarum satu).  Blog baru ni saya namakan "madebyliza". what do you think? ok ke?  Tapi mungkin saya hanya akan letak gambar finished products. Gambar2 progress kerja (WIP) saya post kat personal blog ni la kot. Saya pun sedang explore another side of yarn arts iaitu knitting :).   (Sama macam blog kek/cupcakes yang saya buat iaitu "berryliciouscakes").
Saya masih lagi sedang kemaskan setting layout dah isi blog. Buat masa ni masih nampak serabut :).
O ya, saya nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua umat Islam.. Salam Maal Hijrah =D

Aidiladha 2001

Assalamualaikum... selamat hari raya aidiladha semua...

Tahun ini buat julung kalinya kami menyambut Aidiladha di Kelantan. Ya, sejak 5 tahun kahwin, belum sekali pun balik Kelantan untuk Aidiladha. Sebab musababnya termasuk banjir, jalan runtuh, cuti habis, dan akhir sekali mertua menunaikan haji. Tahun ini, sama juga.. cuti saya habis, jadinya cuti tanpa gaji la. Mujur saja 1 hari :)

Perjalanan seperti dijangka, jam teruk. Tapi lebih teruk dari balik raya puasa sebelum ini. Raya puasa 12jam perjalanan, kali ni 15jam perjalanan.  Husna & Aliff tak begitu meragam dalam kereta, bersyukur sangat.  Kali ni saya tak drive langsung, pergi atau balik. Dok saja kat belakang, crochet! haha!!..
 :: Husna nak memanjat tingkap @rumah mok cik ::
:: Tertidur on the way ke Kg Jintan, Pasir Mas ::
 :: Anak saya jakun tengok angsa/ayam hehe.. ::
:: Ami Tok Cik..::
Ahad dan Isnin kerjanya makan daging korban kat rumah orang (okay 2 rumah aje pun :)).  Semuanya lauk daging. Kalau dihidang 10 jenis lauk, …

Crochet lagi : Topi pink Nur Farah Hana

Assalamualaikum...

Another topi using the same pattern as previous post.

Disebabkan frust dengan hasil pertama, saya try out pattern yang sama but of course warna yang berbeza. Tapi kali ini, saya minta ukurlilit kepala Hana dulu dari mama nya. Masih lagi try and error ni.. Tapi at least memberi semangat jugak la untuk saya teruskan crochet ni.

Yarn yang saya guna adalah dibeli dari Daiso, Sunway Pyramid. Dan hook pun guna hook buluh pun dibeli dari tempat yang sama. Masa tu hook aluminium habis stok. Belasah aje apa yang ada dulu.. :)



:: Hana with Tok Andak ::

More to come..
Mode: sedang gila crochet :)

1st crochet project : Beanie Cap Hat

Assalamualaikum..
Semalam cuti umum sempena Deepavali.. Hari ini for sure ramai yang malas nak pergi ofis kan kan? =D

Ni cerita 1st project crochet yang saya buat. Saya pilih Stripe Crochet Beanie Cap Hat, pattern dari Teresa (Crochet Geek). Dia ada letak pattern dan video juga. Pada saya video memang amat membantu sebab untuk amatur macam saya, baca pattern memang buat saya confuse sangat..
Tapi sebab saya asyik tak dapat tengok video nye (asek hang aje..), saya belasah2 sendiri tengok pattern.. so mula2 hasilnya macam ni la..

Saya tengok langsung tak nampak rupa hat nye.. so try lagi bukak videonya, rupanya ada kesilapan.. so kene bukak balik semua row sampai yang ada tanda benang hitam tu..
:: bukak sampai camni ::

Ikut balik macam video, baru nampak rupa topi :).. gembira dah ni...

Akhirnya siap seperti pattern :)..

Tapi masih ada kesilapan, sebabnya saya tak check gauge nya dan tak ukur pula lilitan kepala Aliff... haih sayang sungguh...

Topi kecikkk dari kepala Aliff...
Ingat nak ub…

Aliff Rayyan masuk hospital..

Assalamualaikum...
Lama tak bersiaran. Macam-macam hal berlaku baru2 ni... memang tak dan nak bukak blog.

Saya kurang gemar buat audit jambatan/culvert. Bukan pasal tak minat, tapi boleh kata setiap kali saya balik dari audit tu, mestila Aliff demam. Mungkin la kebetulan je..

Biasa2 demam Aliff tak teruk sangat. dalam 3 hari komfem surut. Tapi balik dari Seremban demam berlarutan pulak. Kena pulak ke Terengganu 1minggu. Mintak excuse, bos kecik tak bagi, takde org replace. Yela, sape la yang nak outstation sampai 1minggu. Komfem takmau. Demam Aliff turun naik, bila panas tu mencecah 40degree. Badan lembik betul, takde selera makan, minum pun taknak. Asyik muntah pulak. 3 hari saya kat Tganu, saya balik dgn flight. Siapkan semua kerja part saya cepat2 dan balik. Tak tenang hati saya mengenangkan Aliff.

2 hari saya jaga Aliff, keadaan masih sama. Demam dah baik tapi masih muntah, taknak makan/minum (mungkin trauma sbb asek muntah). Sabtu saya bawak semula ke hospital. Ambil ORS …

I am hooked!!

Assalamualaikum!!
Ya, saya nak umumkan saya dah jumpa hobi baru = Crochet!!

Alkisahnya, saya pun tak ingat dah macam mane boleh terminat nak belajar crochet. Asalnya saya nak belajar jahit2 aje.. tapi memandangkan bajet untuk membeli mesin jahit belum ada, saya fikir nak belajar mengait. Niat asal nak belajar kait jarum 2 (knitting) dan niat nak buat bunga kait banyak-banyak buat hiasan kat kepala Husna tu. Bila survey nak buat bunga tu banyak yang guna crochet. So tukar pula la nak belajar crochet (kait jarum 1).

Jadinya pada 23 September lepas, dengan semangat membaranya, saya ke Daiso Pyramid cari hook dan benang. Saya tak tahu pula benda2 ni boleh beli kat kedai jahit hehe.. Lagipun kat Sunway ni saya belum jumpa lagi kedai alat jahitan.

Kat Daiso cuma ada hook buluh. So saya beli 2 yarn dan 1 hook. Cakap dalam hati, kalau tak berjaya belajar benda ni, kira cancel lah.. Beli buku Crochet (dlm BM) kat MPH Pyramid tu (cari buku2 English takda stok pulak). Balik rumah dok mengkaji stitch…

My Aliff Rayyan

Saya sangat down. Aliff Rayyan demam dah 1 minggu. Klinik kanak-kanak malah hospital pun dah pergi. Aliff saya lemah sahaja... Suhu paling tinggi yang saya check 40.5degree. Suhu terakhir 38.7degree.

3 hari lepas birthday Aliff yang ke-2 tahun tapi.. demam pula..


ALiff, cepat sembuh ok sayang..

Raya Ep2 : Hari Lahir Husna

Salam.. Hari ni baru masuk ofis. Semalam EL, rasa letih sangat. Isnin Selasa saya di Machang, untuk audit penyerahan jambatan Sg. Kweng Hitam. Lepas naik cuti raya tak henti2 dengan audit sana sini. Lepas raya seminggu di Terengganu, next week 3 hari di Seremban pulak. Naik menyampah pun ade, nasib la...
hari ni try layout blogger yg baru ni..
Sambung cerita raya? episod 2 lak...
Kali ni just nak tulis pasal birthday Husna yang ke-4.  Untuk tahun ketiganya birthday Husna jatuh pada bulan Ramadhan. Tahun ni 26 Ramadhan.  So saya decide nak sambut on 1st raya.  Husband cam tak setuju sebab katanya tak sempat nak buat, almaklumlah kene wat kek cupcakes untuk kakaknye kan.. tapi saya nekad jugak, demi anak saya.. lagipun dah lama janji dengan Husna nak celebrate birthday dia kat kampung. Anak sekecil itu pun tahu erti janji kan.. 
:: Not a purple cake ::
So tengah hari lepas dah kurang busy melayan tetamu yang datang beraya, saya terus start hias kek.  Tak sempat nak buat yang fancy2..ala…

Cerita Raya episod 1 (dah outdated pun =D)

Assalamualaikum....

Selamat hari raya semuaaa..
kalau ada salah silap, terkasar bahasa dan perbuatan harap dimaafkan ye..

Dah masuk 2 minggu raya baru nak update blog.
Bulan puasa memang kurang bukak blog pun. Lepas raya, ni la baru bukak blog ni. Sorryla.. blog kawan2 pun saya tak dapat jenguk =D.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Raya tahun ni 8 hari 8 malam saya di Tanah Merah, Kelantan, kampung suami saya. Alhamdulillah 12 jam perjalanan pergi, 9 jam perjalanan balik ke KL lancar dan tiada masalah.
Barang banyak tak hengat, yang banyaknya barang-barang nak buat dan hias kek.

Cerita pasal kek ni, mula-mula saya stress gak pasal kena buat kek & cupcakes ni sebab asalnya saya ingat kena buat satu set cupcakes untuk hantaran kahwin aje. Tengok-tengok ahad malam, seminggu sebelum raya, kaka ipar confirmkan kene buat kek 2 tingkat, cupcakes 2 set hantaran & tat nanas bentuk buah (utk 2 set hantaran juga). Rupanya ada majlis tunang & kahwin sekali, and semua kene buat 2 s…

Dugaan baru..

Hal mata..

Alhamdulillah.. keadaan mata semakin baik. Saya pun dah mula masuk kerja hari ni. Walaupun belum 100% sembuh tapi doktor kata ok untuk pergi kerja.. (dah tak dapat MC kene la kerja dok? =D). Kesan sampingannya, pandangan mata kiri saya kabur. Maybe kesan sampingan ubat mata tu. Even husband saya pun sama.. dan lebih teruk sebab die dua2 mata. At least saya sebelah aje yang teruk. So syukur dengan izin Allah, semua ahli keluarga dah baik dari sakit mata. Masih perlu continue guna ubat sampai 2 weeks.

Bulan puasa mengajar erti bersabar..

Dugaan baru..

1 Ramadhan, pukul 4 pagi husband sakit perut lagi (last week pun sama), gi klinik 24jam, inject painkiller. Gi SDMC pas zohor, problem dengan insuran tak selesai2 sampai dah masuk maghrib pun, so tak jadi masuk wad..(perabeh duit membayo aje bulan2..tapi haprakk).

Kol 9 mlm, tengok husband still kesakitan, ajak gi hospital. Tinggalkan anak2 kat rumah mak, saya drive ke Trauma & Kecemasan, PPUM. Register, check blood pressure,…

{{ Ramadhan Ya Ramadhan }}

Syukur Alhamdulillah...
Allah mempertemukan Ramadhan kali ini kepada kita.. semoga Allah memanjangkan umur kita untuk sentiasa bertemu dengan bulan yang barakah..

Ramadhan tahun ini, saya berhasrat untuk lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.. semoga Allah mempermudahkan...

PERISTIWA YANG TERJADI DALAM BULAN RAMADHAN

Turunnya Al-Quran pada 17 RamadhanLailatul QadarPerang BadarPenaklukan Kota Makkah
AMAL IBADAH YANG DIKERJAKAN PADA BULAN RAMADHAN

Kewajipan berpuasaMengerjakan solat tarawihMengerjakan solat sunat witirBeriktikaf 10 hari terakhir RamadhanMemperbanyak amal dan sedekahMemperbanyak istighfar pada malam terakhir RamadhanMemperbanyak tadarus Al-QuranMembaca doa ketika bertemu lailatul qadarsumber : Rahsia & Amalan Bulan Islam : Muharram - Zulhijjah

My Superboy

Bakal superhero!

:: coach Husna bagi taklimat ::

:: belajar cara2 nak terbang ::

:: coach Husna membetulkan lipatan kaki seluar ::

:: tunggu kenderaan disediakan ::

:: dinner with ummy ::

Tengah kemas-kemas baju anak-anak, terjumpa baju Uncle Ijat ni.. Wancik bagi untuk Aliff pakai. La ni baru boleh pakai. Tu pun masih besar baju & seluarnye. Ingatkan takde kemana2 malam tu, tapi Ayah ajak ke Klang sekali untuk ambil GL saya. Pastu singgah Carrefour Subang untuk dinner dan beli barang dapur sikit.. Orang dok tengok aje Aliff hehe..
superboy berjalan terkedek-kedek ke sana sini.. =D

It's my turn.. red eyes (@o@)

Assalamualaikum...
Saya sekarang sedang menghitung hari.... hehe..
Menghitung bilangan hari yang bakal MC..

Sehingga hari ni Rabu 28july, jumlah MC sudah 6 hari.. 3 MC swasta, 3 MC gomen. So baki MC swasta ade 7 hari je and MC gomen baaanyak hari hehe...

Rasanya sepanjang hidup ini la MC terlamaaa yang dah diambil.. selalu selalu tak pernah ambil MC pun. Besok pun saya akan ke PPUM untuk extend MC lagi...

Kronologinya nantila.. nak taip ni pun kabur2 mata saya..
dipendekkan cerita, saya dah berjangkit sakit mata sama macam aliff, husband dan husna. dan nampak gaya macam saya punya jenis paling teruk, highly contagious.

Sakit mata ni namanye Conjunctivitis dan saya punye Viral Conjunctivitis - jenis takde respon pada ubat.. just have to wait and wait.. sampai die hilang sendiri.. and masanye up to 3 weeks (cam my husband).. so tunggu aje la...hehe


Start Selasa lepas 19july mata kiri aje.. Mata kanan baru start merah kelmarin ni.. tu pun dah berusaha bersungguh2 utk elak dr jangk…

My Word-less Day =D

Salam..
orang wordless wednesday tapi saya wordless monday but only today as saya puasa..
lotih makcik nak bercakap hehe..
simpan tenaga so.. today is my word-less day =D..


Berrylicious Cakes dah mula buka kedai..
walaupun saya start slow aje tapi no hal lahh! =D
Jamu mata wokeyy ;D