Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

SGM7 : Challenges in Breastfeeding Toddlers

Hari Ahad lepas 24 Oktober 2010, Susuibu.com (SI) ada organize Support Group Meeting (SGM) membincangkan tajuk Challenges in Breastfeeding Toddlers. Ni merupakan SGM kedua yang saya join. kali pertama was in February..ermm lama giler tak join.

Kalau ikutkan, saya akan pergi sorang2 dengan Aliff sebab biasala..husband saya mana minat benda2 ni..tapi pujuk punya pujuk and janji habis pukul 10 pagi terus balik, then dia agree untuk ikut. Kebetulan Aliff pun demam hari tu, agak risau gak kalau2 dia meragam tak tentu dalam kereta dengan ummy dia sorang2.

Bertolak pagi tu pun dah lambat, target agak2 sampai dalam 9.30 la paling lewat pun. Nak dekat masuk Bangi tengok2 hujan lebat. Try jugak la drive masuk kat parking Tasik Cempaka tu, tengok2 kosong aje. Pusing balik nak try tengok kat Kedai Susuibu.com, kalau ada rezeki ade la..kalau takde, balik rumah la nampak gayanya...

Sampai depan SI, nampak ramai yang pakai baju HIJAU..Alhamdulillah, ade rezeki nak join SGM kali ni. So kiranya…

Hajat Saya Dah Tercapai!! (mode: sukahati!!)

Hajat saya dah tercapai!! Dah bertahun2 berhajatkan bende alah ni.. dah bertahun2 dok kenen ngan husband tapi die buat derkkk ajer =D (sabo aje laaa...). Ape ke bendenye iteww????

BREAD MAKER!!!

Saya dah lama sangat teringin nak beli Bread Maker (BM). Semalam ada perbincangan hangat pasal BM Tesco kat yahoogroup Resipi.net. (RNet) Jadinya, saya terlebih berkobar2 nak rembat sebiji. BM yang paling memikat hati saya tentulah BM jenama Kenwood, tapi tang harga memang mengeluh la.. Selalu pergi mall mesti intai kat rak BM ni kot-kot la ade less ke.. tapi belum pernah ade lagi selama dok intai tu.. harga die range rm500-rm700 laa.. selalu pikir, "baikle aku beli oven besor ke mixer canggih ke, tambah lagi sikit aje duit" =D.
:: BM Kenwood idaman *source:google ::


Yang hangatnye semalam tu bila ada sorang member group kata Tesco buat promotion beli 2 biji rm360 so sebiji rm180 jer.. kalau beli sebiji aje rm225. But then tengah hari tu sorang member group gi jenguk kat Tesco, p…

Seronoknya Husna Dapat Tudung =))

salam..
semalam ada pasar tani kat office ni, walaupun tak banyak hasil tani yang dijual. lebih banyak gerai yang jual tudung dari hasil tani.. kene tukar nama pasar le nampak gayanya.

semalam target nak shopping 4 helai tudung, siap bawak baju lagi tapi satu pun takde yang match. so patutnye takdele beli dok? tapi terrrembat gak 2 helai putih+hitam. nampak tudung untuk kids, teringat kat husna dok mengendeng tudung ummy dia. belikan 2 helai, merah+kelabu.

malam semalam bagi husna cuba. respon Husna? Seronok gilerr!!. tapi Husna memang pandai tunjuk ekpresi melampau =D.. siap cakap diri sendiri chomel pulak tu =D..

teringat selalu kalau masa dinner, Husna selalu cakap "Sedapnyeeee ummy masakkk.. sedappp sangattt!!" dengan penuh perasaan la die cakap tu.. ayah Husna cakap, "tu ayat bodek la tuu". dengki le tu ayahnye.. bukan bodek tu, tu tanda menghargai penat lelah ummynye masak setiap hari walaupun takde le sedap mane pun =p

ok back to cerita tudung, bila suruh Husna s…

Saya punya Pognae Baby Carrier =D

Dulu lamaaa saya ushar2 mende alah ni.. mase tu menimbang2 nak amek Pognae atau Ergo. Dua2 nampak cun tapi Ergo harga die 2 kali ganda Pognae. Siap rasa nak beli ikut ebay pasal lagi murah and lebih banyak choice dari segi warna dan pattern. Pognae ni adalah keluaran Korea.

Bende ni adalah sejenis baby carrier dari keluarga SSC (soft structured carrier). sebelum ni saya just guna RS (ring sling) dan masih guna lagi RS ni. Decided untuk rembat SSC sebab tak larat nak gendong aliff dengan sebelah bahu aje. aliff makin berat dan lasak. hubby lak tak reti nak guna RS, so saya je yg guna RS. Sekarang RS guna kalau untuk jangka masa pendek boleh la.. macam dari parking ke rumah kat tingkat 5 tu ke..

so beli Pognae ni kat MLO kat Wangsa Maju bulan puasa lepas. Habis keje 4.30 terus shoot gi sana tapi sesat barat pulak. kedai bulan puasa ni tutup kol 6pm. sampai kedai dalam 5.50 dah. terus tengok2 jap, pilih color, soh salesperson tu terangkan sikit2 (sebab saya dah abeh survey kat i…

lensaMama's Cutest Baby in Diapers

Kali ni saya nak join contest!!.. jom kawan2!! sempat lagi ni =D

Sesape berminat boleh klik sini

Tarikh tutup : 20 Oktober 2010..

Penganjur contest : lensaMama
Penaja bersama : Tiny Toes Shoppe, Pinky Frog Shopdan Funky Mama



:: gambar2 Aliff kat atas ni baru je ambil semalam ;D ::


:: gambar Aliff masa genap umur 7 bulan ::


Child's name : Aliff Rayyan bin Abdullah
Date of birth : 4 October 2009

Saya memilih untuk menggunakan Cloth Diaper kerana ianya mesra alam, mampu milik, boleh guna semula sehingga bayi 3 tahun, malah lampin juga lembut pada kulit bayi dan mempunyai corak dan warna-warna terang yang sangat menarik. Walaupun setakat memakai Cloth Diaper dan baju, anak saya tetap kelihatan comel dan kemas. Tak pakai seluar pun takpe =D

pasang surut dalam breastfeeding (@_@)

:: ini budak Aliff Rayyan manyak manja oooo ::

Assalamualaikum..

Dah lama saya tak cerita apa2 pasal breastfeeding. Nape yer..

Rupa-rupanya memang sahih semua cerita tentang pasang surut dalam breastfeeding. Kalau tak kuat semangat memang boleh stop terus aje. Aliff Rayyan dah pun setahun. Paling tak tahan habit dia yang kadang2 menggigit sekuat hati nya tu. Eiiii ringan aje tangan nak lepuk..

Sekarang PISA saya memang sedang berhibernasi sebab saya fully on Harmony sekarang (saya memang fail part perah pakai tangan, which is the best way). Rasa cam rugi aje kan tapi nak buat camne. Asek luka aje. Suction PISA agak kuat (berbanding Harmony), so kadang2 start pam aje terus keluar berdarah. Memang perit la. Tapi tetap gigih nak teruskan selama yang boleh. Teringat masa kat Sabah aritu, tertinggal krim sapu, masa Aliff lepaskan, menitik2 darah..ergghh sakit woo..

Stok EBM?
hmm.. sejak asek2 luka, baik kejap luka balik, memang tak meriah sangat EBM. Sekarang ni tengah berusaha nak stokkan balik…

Bolehke jadi superwoman??

saya dalam dilema...
.
.
nak teruskan
.
.
atau berhenti terus..
.
.
atau kadang-kadang buat..
.
.
kadang-kadang tak buat..
.
.
atau bila rajin, buat..
.
.
bila malas, takyah buat..


.
.
kalau camtu baik berenti aje terus..
.
.
errrkk...


dah lama saya berfikir. makin lama makin serabut. kenapa terasa cam nak berhenti? sebab saya rasa penat. btw, memang la penat kan.. siang kerja, malam kerja. siang jadi fulltime kuli orang, balik rumah keje sebagai full time isteri, full time ibu yang breastfeeding, pastu part time bizwoman (boleh ke gelar camtu? =D).

kalau di list kan yang mana priority yang mana tidak, dah tentu kerja baking dok bawah sekali. tapi bila ada order, kerja tu letak antara top priority pulak sebab tu amanah orang.. so tugas mane pulak yang akan dok bawah skali? tugas sebagai isteri? or sebagai ibu? or kuli orang? dilema kan? sebab semua adalah amanah dan tanggung jawab yang berat..malah amat berat..


:: sesi cake-cutting mase wedding adik saya ::

:: orang kuat JariJemariEVENTS. thanks tolong…

Cerita Sedih.. Masam Kelat..

Assalamualaikum wbt...

Hari ni baru masuk kerja setelah 4 hari bercuti untuk urusan majlis bertandang adik lelaki saya weekend lepas..

::cerita sedih tentang majlis::

Lepas zohor Sabtu masing2 sibuk menguruskan persiapan majlis. Saya tengah pasang langsir pintu bilik pengantin. Nenek saudara saya (dipanggil Tok Ncik) dinasihatkan oleh makcik2 saya untuk ke klinik untuk drip sebab keadaannya cengkung dan tak bermaya sebab dengarnya dah sebulan Tok Ncik tak lalu nak makan.

Sebelum ke klinik Tok Ncik ke bilik air dulu. Keluar saja kat pintu bilik air, Tok Ncik rebah, sempat disambut Ende (makcik). Mak saya dah meraung2 beristighfar kerana keadaan Tok Ncik serupa masa arwah Atok Tan (atok saya) meninggal. Situasi yang sangat serupa. Tok Ncik dipapah ke ruang tamu dan saya hanya mendengar masing2 mengajar Tok Ncik mengucapkan dua kalimah syahadah. Saya terpandang makngah saya mencapai surah Yassin dan saya terus ke bilik untuk sama-sama membacakan surah Yassin.. dalam hati masih berdoa Tok N…

Aliff Rayyan dah 1 Tahun!!

Hari ini 7 Oktober 2010..dekat sebulan tak tulis pape..
Hari Isnin lepas, 4 Oktober 2010 merupakan hari lahir Aliff Rayyan yang pertama!!
wah!! sudah setahun anak bujangku itu rupanya.. sekejap aje masa berlalu.. rasa macam baru aje lahirkan Aliff.. dan Alhamdulillah saya dapat menyusukan Aliff sampai sekarang..syukur..
ok tu je nak bagitau..=D


Aliff dah ade 7 batang gigi
Setiap kali nak tumbuh gigi, mesti perangai menggigit ummy datang balik
Dah pandai cakap Ta-ta
Boleh lambai kat orang
Berjoget2 bile dengar lagu
Suka buat muncung2 sambil aksi comel2
Suka tarik rambut kakak bila kakak tido
Banyak mengeluarkan bunyi/bercakap tapi tak faham
Masih suka duduk bawah meja/kerusi