Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

Go Green!! : Moh kita berCDing

Setiap dari kita mesti ada matlamat untuk memperbaiki kehidupan or cara hidup kita dari masa ke masa.. dari detik ke detik dari hari ke hari.. kalau kita tak berusaha untuk berubah kepada sesuatu yang lebih baik..alangkah ruginya..

Kadang-kadang kita rasa malas nak berubah atau beranjak dari sesuatu tempat atau keadaan sebab kita dah berada dalam comfort zone.. or zon selesa.. ya lah kan.. kalau dah selesa buat apa nak ubah ya tak?..☺☻=D.. Ni termasuk le aku..

Contohnya penggunaan Cloth Diaper or CD.. (ni bukan CD lagu/movie eh.. ni lampin kain baby)

Pada asalnya, aku teragak-agak untuk menggunakan CD.. sebabnya mudah aje..
1. MALAS..
2. nampak cam susah
3. tak reti nak guna+ leceh
4. guna disposable diapers (DD) lagi mudah
5. CD mahal

lamaaaa jugak la aku ambil keputusan untuk berCD. Beli CD sebelum ALiff lahir lagi (Oktober 2009) tapi mak aku aje yang guna (siang), waktu malam aku pakaikan DD.

So dengan tekadnya, bermula 1 Mei 2010, aku dan ♥hubby sama-sama bersetuju untuk mulakan penggunaan…

☺☺Update Gambar : Dragon Boat Festival☻☻

Ya...

Akhirnya Uzaini telah berjaya meng'upload' gambar-gambar masa Dragon Boat Festival @ Putrajaya.. Tu pun dia tulis part 1.. ermm.. berapa part ye agaknya..

Gambar-gambar ni spesifiknya pada event hari Jumaat. Kira yang lain-lain belum upload lagi.. Takpela.. ini pun memadai =D
Terima kasih ye..

So semua gambar-gambar ni adalah ihsan Uzaini dari FB dan photoblognya. Kalau nak lihat gambar full dan bahagian2 lain (yang akan diupload) boleh lawat photoblog uzaini ye.

.

Aliff Rayyan : 8 bulan

Lama tak menempek gambar anak-anak.. Actually dah lama tak ambil gambar pun..
Aliff Rayyan kalau ikutkan hari ni dah 8 bulan 3 minggu 3 hari..

Pagi ni badan Aliff rasa panas. Badan pulak penuh kesan nyamuk gigit. Uh..banyak pulak nyamuk malam tadi.. Sebelum keluar rumah hubby check suhu badan Aliff, 36.5 degree. Erm.. masih terkawal. Baru tadi dapat sms dari hubby, suhu 38.4. Terus call mak. Mak kata masih ok, sedang lap-lap badan Aliff nak kasi turunkan suhu. Hubby dah bekalkan ubat demam and coolfever. Dah pesan kat mak kalau masih panas, call. Nak bawak pergi klinik pulak. Harap-harap turunla suhu badan Aliff..

ok.. taknak hilang mood lagi.. back to perkembangan Aliff..

sekarang ni Aliff paling suka main mainan cam dalam gambar tu. Tu hadiah dari ex-officemates (terima kasih =D). Selalunya kakak Husna sibuk nak main jugak. Suka rampas barang dari adik.. Aliff dah mula panjat-panjat. Dia paling suka panjat orang. Kalau kita tengah baring ke, die akan panjat nak melangkau bad…

Anak & carseat : wajib ke? leceh laaa...

Salam..

Saya dapati amalan meletakkan anak di dalam carseat belum lagi jadi sesuatu yang penting dan amat patut diamalkan atau diwajibkan.Saya memang ajar kedua-dua anak saya untuk duduk dalam carseat bila naik kereta. Memang sejak habis pantang saya dah ajar, masuk kereta je..wajib duduk dalam carseat.

Masa baby kecik lagi saya guna carrier cum carseat tu (sbb jenis baring sikit)..

::Husna - dalam perjalanan ke KL dari Pulau Kapas::

dah besar sikit beli utk toddler punya pulak (bila baby dah boleh duduk).

::Husna gak..dalam perjalanan nak gi majlis nikah ayuz kat klang::

::Husna - nak balik Kelantan::

So sekarang ada 2 carseat, Aliff (8bulan) dok dlm carrier tu letak seat depan rear facing. Husna (3tahun) pulak dok kat toddler carseat kat seat belakang, front facing.

Kereta kecil saya tu edisi lama.. so masa zaman Husna dok carseat dulu, saya terpaksa ikat carseat dengan belt dan sangkut kat satu besi kat bonet. Masa tu saya call perodua dan bengkel sana sini nak tanya kot-kot diorang bo…

Dragon Boat Festival @ Putrajaya

Salam..
lately ni tak sempat nak mengarang patah lagi ber'blog hopping'..
camne la orang lain banyak masa ye..
Laa ni baru siap report untuk Piagam Pelanggan ni.. so agak lega sikit la..

Last weekend berkampung kat Pusat Rekreasi Air Putrajaya sempena 1 Malaysia International Dragon Boat Festival.
Start hari Jumaat dah berkampung kat situ. Jumaat game mula jam 3petang. Asalnya aku ingat berkumpul kat Pusat Maritim la.. rupenye kat Pusat Rekreasi Air. So aku tak sempat join untuk game open tu.. untuk kategori mix baru dapat join.

aku gi ngan en.suami (yang setia menemani =D) dan Husna dan Aliff..
oh..aku mana boleh berpisah ngan buah2 hati aku semua ni.. =D

Menang ke??
hehe.. bak kata Hailwa, "kalah tu memang dalam tangan"..
menang tu menang jugak..
menang bergambo memanjang.. macam saiko amat tapi.. chett..
menang pasukan paling banyak org boroi hehe..
semangat tu ada tapi kebanyakannya dah tak fit..
kalau nak banding masa kat utm dulu la.. jauh menyimpang =D.

so aku kat sana …

Jangan Jangan Jangan

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf
pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan me…

SMS only, please...

salam..

buat kawan2ku yg tersayang...

"tolong jangan call saya ye. sms aje ok"

bosannye bile handphone rosak. ntah ape la penyakitnye.. jgn call sbb nanti korang akan dengar suara cam lelaki yg cakap and tak jelas gak.. dan jangan berani2 cuba sbb nak dgr suara ku yg dah bertukar jd suara jantan itu hehe :D

apapun.. please sms aje.. tenkiu

buntu

dah lepas anugerah pejabat terbaik ..
ada pulak tandas terbaik ..
laa ni piagam pelanggan terbaik pulak ..
kepala jadi mengong dah..
aku blur la.. takde idea camne nak wat report ni..
dateline dah dekat tapi aarrgghh buntu

Resah Bila Overdue

Untuk kedua-dua anak saya, keduanya dilahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin. Dengan itu, saya tak berpeluang merasa 'overdue'. Husna dilahirkan pada usia kandungan 35 minggu 5 hari, manakala Aliff pada 36 minggu 5 hari.

Malah, masa mengandungkan Aliff terlebih satu minggu dari Husna. Pun begitu saya dah rasa resah sangat =D. Inikan pula lebih dari 40 minggu. Uh.. tak tahan dan tak sabar rasanya..

Bila kandungan masuk trimester ketiga memang rasa lambatnya masa berlalu.. lambat betul nak bersalin kan?.. =D
Macam mana saya boleh bersalin awal ye? entah la.. actually saya pun tak tahu apa sebab musabab yang menyebabkan saya bersalin awal. Ada pendapat yang saya dengar, kalau minum banyak air kelapa masa pregnant akan bersalin awal.. memang saya suka sangat minum air kelapa masa pregnant tapi tak tahulah apa kaitannya..

Dalam hati ni memang tak mahu merasai 'overdue'. Tak mahu tertunggu-tunggu..

Saya doakan Ayuz and sesiapa yang sedang melalui tempoh overdue ni sela…

Info pasal road signages : part last

hai.. kembali bersiaran... hari ni full day ada mesyuarat anggota BSFJ kat Blok A, KKR.

well ok.. nak sambung sikit aje lagi..

kat bawah ni contoh jalan persekutuan utama kat semenanjung malaysia. Ni pun mungkin tak up to date sehingga 2010. seperti yg pernah diinfrom sebelum ni tanggung jawab penyenggaraan jalan persekutuan ni dibawah JKR persekutuan..


Untuk jalan negeri (dibawah tanggung jawab kerajaan negeri) 'nombor laluan' atau 'route no' jalan tu bermula dengan huruf dan kemudian nombor. Huruf2 tu adalah sama denganplat pendaftaran kenderaan kat negeri masing..
contohnya
M11 (melaka),
B23(selangor),
C34(pahang) dan seterusnya..

Ok yang cam laporan trafik tu camne nak tau?

laporan trafik yg kita dok dengar tu agak teknikal sikit kan.. info macam tu digunakan untuk memudahkan pihak berkuasa cam polis, bomba ke untuk tahu secara spesifik kat mana kejadian contohnya kemalangan dsb..

so die akan cakap.. kemalangan berlaku di laluan 5, kilometer 123.. ala2 gitew la kan..

untuk…

Info pasal road signages : part1

Pernah tak korang guna google map?

nampak tak bentuk heksagon kaler kuning tu?..tau tak apa makna die?

aku sekarang kalau guna google map ni, akan tulis nombor2 dlm heksagon kuning tu and pastu tengok signboard la masa drive..

ape guna nombor2 tu?

hari ni info teknikal sikit..

secara jujurnya, sebelum aku menjadi salah sorang warga BSFJ (walaupun kontrak post aje =D).. aku tak tahu satu mende pun pasal road signages ni.. selalu refer pada wording die aje.. segala mak nenek lain aku pun taktau/tak faham..aku ingin percaya korang kat luar pun sama juga.. =D
Sebenarnya kat papan tanda jalan ada maklumat2 lain yang berguna pada users (tapi bak kata aku..orang tak tau..)

kalau dengar info trafik kat radio mesti ada dengar ayat2 cam...
"terdapat kemalangan berlaku di Laluan 123 di kilometer 105.3 arah selatan.." gitu2 la..kalau aku dengar dulu2 mesti aku pikir"menatang ape kilometer 105.3 tu? kat mana?"

so kat sini just to share info..

jalanraya kat Malaysia ni ada 3 kategori
1. Ja…

Tag dari Ayu : Penyusuan Susu Ibu

Salam..
ni tag dari Ayu.. (ayu, saya dah jawab..dengan penuh emosi ni haha)..

Actually saya tak nak ingat kenangan silam yang tak best especially yang related dengan BF. Rasanya perasaan frust kene tinggal ngan boifren pun tak seteruk perasaan gagal BF anak (btw, saya takde boifren lain selain en.suami saya ye.. perumpamaan aje tu =D)

Perjalanan saya utk berjaya BF adalah sangat sukar (pada saya..) sebab yang paling susah nak ditepis adalah xxxx saya. Kenapalah dia tak boleh terima hasrat saya untuk BF anak dengan berlapang dada?? kenapa la dia nak halang sangat2.. kenapa dia tak boleh terima apa saya kata? kenapa? kenapa? kenapa?

So ayu, thanks sebab tag saya
so ini la jawapannya =D..

Training Dragon Boat @ Pusat Maritim Putrajaya

Salam..

Semalam bebudak x-utmviking wat training untuk 1 Malaysia International Dragon Boat Festival 2010 18-20 Jun nanti.

Mula2 rasa cam berat hati gak nak pergi sebab badan dah penat giler lepas buat birthday party Husna semalamnya, en.suami pulak kata sakit kepala, ingat nak bawak semua gi Putrajaya pasal takkan nak suruh mak jaga anak2 hari minggu.. tak sesuwaii..

Pujuk ala-ala paksa gak la soh pergi sekali.. ye la.. dah en.suami sakit kepala, aku pulak takut sampai umah malam ke.. ape yg derang nak makan kat umah tak.. so angkut la semua2.. ala-ala nak balik kampung jugakla beg nye..

Jadual asal 3.30pm start. Aku sampai pun dah lewat dekat kol 4pm. Yang ada masa tu Jakpo & famili, Rim & famili, Fairuz, Fahmi, Nik, Bapak, Zack. Yang lain2 sampai kemudiannya cam Abg Halim, Uzaini & famili, Zal, Wari, Najmah & brother.

Dah le tak wat stretching, akibatnya hari ni menanggung kesakitan seluruh badan haha!! Urgghh dah lamaa sungguh tak 'turun air'.. rasa cuak gak …

:: Asyrani Husna's Birthday Party ::

Salam..

Sabtu lepas 5 Jun 2010..
Ummy dan Ayah telah mengadakan party kecil-kecilan untuk Asyrani Husna, puteri sulung kami di teratak kami yang kecil itu..
Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir
dan maaf sekiranya ada terkurang sana sini ya..

Gambar-gambar pun tak banyak dalam kamera ummy sebab ummy ke hulu ke hilir tak sempat nak pegang kamera pun..Layannn (apa yg ade je yer..=D)






Tema party Husna adalah Oren. Ummy, Ayah, Aliff & Husna just pakai t-shirt aje.. sebab kitorang decide nak wat sulam nama kat belakang baju.. kalau kat gaun buat embroidery cam sayang ler pulak kan.. so t-shirt ajer la.. hehe..wat kat pyramid ajer.. tapi sebab org tu mintak sejam, kitorang pun bagi t-shirt lambat, sama2 la melepak sampai pyramid nak tutup dah. lama bebenau carik t-shirt =D

:: baju kami (source = FB Fathin) ::

Ummy coti Khamis & Jumaat..
Khamis sebab nak wat kek Husna..
tu pun kejap2 tak jadi sini.. kejap2 tak jadi sana..
tiang senget la.. nak tercabut la.. macam2..last2 ummy pun …

Tahniah Sham & Munirah!!

salam...
sedang bersiaran melalui hp aje..
berokband celcom kat mentari court ni memang hampeh tahap cipan..
langsung xdpt online pun..
weekend aje yg ok sket. betul ke terbaik di wilayah anda??

ok..dah off topic. actually nak ucapkan tahniah kepada Munirah kerana telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.9kg pada 6.20petang tadi.. tahniah utk Sham juga..

Tahniah!!!

Award dari Yani

ermmm actually lama dah yani bagi mende ni..
tapi tak sempat nak masukkan kat sini..
err layak ke aku terima ni?..terharu ler puler hehe..

btw, terima kasih yani!!




so nak bagi orang lain pule okeh..
nozie
ninie
ayukhairy

Kek yang tak jadi..

::kek tak jadi::

Urgghh frust giler nengok kek ni..

Pagi2 Isnin dah nak pergi kerje dah ni, bukak2 fridge tengok cream die luruh pulak.. ade kesilapan teknikal lah ni.. Call kak amisah, ingatkan nak guna kek ni malam, leh la nak repair.. rupenye nak pakai pagi.. ermm takde rezeki lah nampaknya (sorry ye kak).. rezeki Husna ngan ummy die la dapat makan kek ni..

So memang kitorang berdua aje yang balun kek ni.. huh..banyak kalori ni.. habeh laa.. lom gi timbang lagi..mau naik berat badan hehe..=D..

Kitorang makan degan tambah chocolate cair (ganache) lagi.. hmmm.. sedapp.!! nyaman ditekak hehe.. dengan rasa masam, manis, lemak2, coklat..fuhh.. bestt..

So semalam tinggal sepotong aje simpan untuk mak shu Husna & nenek hehe..

Forum RatuHati

Saya baru join forum ni Ratuhati.com .. sebelum ni hanya berforum di Susuibu.com aje..
(actually banyak jadi ahli tingkap aje.. carik info..)..

Saya masih mengkaji cara2 menggunakan forum ini.. belum cukup paham camne caranya..
Untuk ahli2 lama..sila tunjuk ajar hehe..

::ini ler saya::


Btw, aku dah join forum Bincang RAKAN jugak.. bebudak JoKeR, jom join!! (promo =D)