Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010

Dilema CDing

Aku dalam proses menambah bilangan CD (cloth diaper) Aliff. Aliff baru ade 5 pcs ajer..tak cukup untuk fully CDing. 5 pcs yg ade tu CD Lunatots. Buat masa ni Aliff hanya berCD kat umah mak. Kat umah kitorg masih berDD (disposable diaper).

Aku dah banyak baca review org psl bermacam2 jenis CD. Berkali2 aku baca makin pening kepala aku nak pilih brand mane. arrghh!!...

Camne? Bantulah aku ini..huhu..



BATAL: "My Funniest Wedding Photo Contest"

Salam & hi..
Sana sini saya tengok banyak contest yang menarik dan best!!..
So bersempena wedding anniversary saya yang ke-4 pada 3 Jun 2010 dan my 28th birthday pada 5 Jun 2010, untuk kali pertamanya saya nak menganjurkan

"MY FUNNIEST WEDDING PHOTO CONTEST"


mari lah join ye..!! (harap2 ada org berminat hehe..)

Syarat-syarat gambar:

1. Gambar adalah gambar perkahwinan ANDA ya..bukan gambar orang lain..
2. Hanya utk warganegara Malaysia sahaja =D
3. Gambar wajib mempunyai ANDA yang berpakaian pengantin tak kisah lah samaada pengantin perempuan sahaja/lelaki sahaja/kedua2nya. Kalau ada orang2 lain pun takpe but pengantin MESTI ada dalam gambar
4. Hantar hanya SATU keping gambar sahaja. Kalau ada banyak2 gambar, saya akan pilih gambar pertama sahaja.


Syarat2 Penyertaan:

1. Tarikh tutup penyertaan adalah pada Sabtu 5 Jun 2010.
2. Buat entry dengan tajuk "MY FUNNIEST WEDDING PHOTO CONTEST"
3. COPY & PASTE banner contest, letak kat sidebar & pada entry masing2. Backlink k…

: : Jadual Memerah/Pam Susu : :

Salam..
Saya nak share jadual yang di'share' oleh seorang forumer kat Susuibu.com iaitu Needya. (Thanks Needya =D)

Nak download, boleh klik kat gambar bawah ni. Pastu klik "Download (150K)" Ikut arahan seterusnya dari situ.

Gambar ni ade kat sidebar jugak yer. Scroll sampai bawah2 (kalau tak jumpa hehe..)
Jadual ni dalam format excel. Pandai2 lah korang guna okehh.

Btw, sekarang ni diberitakan untuk tak guna perkataan 'mengepam susu' kene guna 'memerah susu' sebab nanti orang fikir kalau nak berjaya breastfeeding kene ada pam yang super canggih & super mahal..
tapi sebenarnya ramai ibu2 yang boleh perah pakai tangan ajer..tak guna pam.. memang super hebat lah!!.. aku memang ngaku kalah lah.. memang tak reti.. ya ampunnn...=D

Aliff Rayyan : Thrush??

nota : Ermm gambar thrush kat mulut Aliff tak sempat snap, semalam tengok dah beransur baik.

Khamis 22/4/2010
Balik kerja ambil Aliff & Husna dari rumah mak. Tengok2 lidah Aliff ada lapisan putih macam milk curd. Selama ni memang tak pernah putih lidah die. Dalam hati "aihh takkan mak aku bagi susu tepung kot" (curious..)

Jumaat 23/4/2010
Masih ada lapisan putih kat lidah Aliff. Bekalan EBM habis so tak mungkin lah Aliff minum susu tepung. So teringat ada baca pasal thrush, aku terfikir kot-kot Aliff kene thrush ke..

Sabtu 24/4/2010
Lidah Aliff still putih. try nak kesat tapi tak melekat. kat lelangit pun ade bintik putih, kat bibir pun dah ada.. Google kat hp carik pasal thrush, memang ada contoh gambar thrush.

Ahad 25/4/2010
Kat bahagian dalam pipi dah ada tompok2 putih.. sah lah memang thrush nih.. Terus bawak gi klinik Dr.Chua kat Kota Damansara and doktor pun sahkan memang thrush. Aku tanya jugak apa yg menyebabkan thrush ni? ada kaitan dengan kebersihan ke? …

: : Kakak + Adik : :

kakak sayang adik
adik sayang kakak
kakak sayang ummy
ummy sayang kakak
adik sayang ummy
ummy sayang adik
kakak sayang ayah
ayah sayang kakak
adik sayang ayah
ayah sayang adik

ummy : "kakak, tolong ambilkan pampers adik, please..kakak sayang adik kan?.."
kakak : "ummy amek sendiri lah. kakak penat"
ummy : "ek eleh...(dalam hati..)"

Emel dari Ibu Baby Hana

Salam...
Ingat tak kisah Baby Hana yang saya post semalam? bagi yang tak tahu boleh klik sini

Saya berkesempatan menghantar emel kepada ibu baby Hana iaitu Puan Rohaiza untuk bertanyakan keadaan sekarang baby Hana. Ini adalah jawapan dari ibunya.

"Terima Kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada saudari. Maaf kerana tidak menerangkan secara detail mengenai kisah Hana. Saya fikir tak ramia yg berminat utk baca tambahan pula jika terlalu panjang. Email itu mula saya send pada 13/4/10. Alhamdulillah saudari dapat menerima dan sudi membaca coretan yg tak seberapa dr saya. Dengan kata-kata semangat dari saudari..bagaikan datang satu kuasa dalam diri saya. Tetapi saya sering rasakan kuasa itu kadang-kala ada..kadang-kala hilang. Mudah-mudahan Allah kekalkan keyakinan saya padaNya. Hana masih belum boleh menghisap dan menelan. Kudrat Hana belum kuat utk itu. Sebenarnya itulah yang paling saya harapkan agar Hana blh menghisap & menelan. Tapi masih belum Allah izinkan. Tan…

Doakan bayi ini..

Saya baru je dapat emel ni.. harap kita sama-sama mendoakan kesihatan bayi ini...sedih hati melihat keadaan bayi ni, berat lagi beban yang ditanggung oleh keluarga Hannah terutamanya ibunya.. Semoga ibunya tetap terus tabah & kuat demi Hannah dan semoga Hannah kembali sihat dan dapat membesar seperti kanak2 biasa.. amiinn........................................................................................................................Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana…

Anugerah Kualiti Pejabat Terbaik

syukur.. syukur.. syukur..
akhirnya dah selesai lawatan panel2 penilai untuk Anugerah Kualiti Pejabat Terbaik 2010 petang semalam..

bak kata nozie..macam mak pengantin jadinya..
memang macam pengantin yang kene buat semua kerja dari sekecik2 kerja sampai sebesar2 kerja..

benda ni memang banyak makan masa, tenaga dan paling penting kesabaran aku nak mengadap kerenah bos2 dari kecik sampai Dato' Pengarah..

Dari cari dokumen sokongan, kerja2 fotostat, buat report 3 salinan + 3lagi utk aku nyer cwgn, binding semua yg dekat seinci tebal setiap satu, ambil gambar untuk report, edit gambar, jumpa timb pgrh utk sign, hantar report byhand, prepare presentation slide, jumpa pengarah untuk approval, buat setting untuk presentation kat bilik meeting, kene pulak edit slide sbb MS office version lain2..order makanan/minuman, susun makanan/minuman setiap seorang, kemas balik bilik meeting, dan segala kerja 5S kat unit aku... takde ke orang tolong? sikit2 ajer adela..95% kerja aku buat sorang..lain2 j…

Aliff Rayyan : Perkembangan

Aliff lagi.. nak wat camne.. kalau bukan Husna, of course cerita Aliff.. =D

**Sebelum tu aku nak ucapkan tahniah kepada kawan2 aku yg baru je menimang cahaya mata.. Ayu Ipin & Ochee (twin girls) serta Yani & Farid (girl juga).**



:: Hai!! sayalah model Kopiah ::

Aliff sekarang :
1) 6 bulan 1 minggu.
2) Berat last timbang arituh 8.3kg
3) boleh meniarap, golek2 dalam sekelip mata je dah sampai masuk bawah kerusi, pastu nangeh takleh kuar..4) Boleh sokong badan dengan 2 tangannya macam wat push-up
5) Kalau nyanyi tepuk amai2 sambil kita tadah tangan, nanti Aliff tepuk kat tangan kita tu.. (ni nenek Aliff yg ajo)
6) Kalau agah2, die seronok, akan jelir lidah die..
7) Asek mengundur jer.. pun sampai masuk bawah kerusi jugak

8) Boleh wat genggam gamit, actually ni ummy ajar kalau nak susu wat genggam gamit (belajar dr Baby Sign). =D
9) Suka masukkan jari dalam mulut, gatal gusi kot10) Kalau ada ayah die, Aliff sangat good boy, tak meragam.
11) Kalau ummy balik kerja, Aliff tengah tidur, Aliff…

Aliff Rayyan : 1st time mamamm..

Hari ini ummy men'soping'kan diri utk membeli barang2 utk Aliff mamam & barang2 lain. Kami gi Babyland SS2, BMS Organic Damansara & Babyjaya.

Seperti dijanjikan sebelum ini, hari ini adalah hari 1sttbg Aliff mamam selain susu ibu..

::husna nak posing jugakk::

So utk 1st meal, ummy bagi puri pisang.

-----------------------
Resipi : Puri Pisang
1 biji pisang emas
susu ibu/air masak
Cara:
Blend pisang bersama sedikit susu ibu/air masak.(ummy lecek jer sampai halus)
Siap..boleh mamam..
-----------------------


So 4 hari pertama Aliff kene mamam puri pisang sebelum ummy bagi cuba makanan lain pulak. (tujuan 4 hari tu adalah utk membolehkan kita kesan kalau2 ada alahan dan bagi time utk baby biasakan diri dgn satu2 makanan tu..)

Awal2 ni ummy akan bagi puri buah-buahan (pir, pisang) dulu..pastu puri sayur2 pulak (carrot, brokoli, kentang, labu etc)..bubur nasi nanti dulu ok..

reaksi Aliff : agak2 konfius kot. bila suap, ngap pastu luahkan balik. bila sudu nak sampai dekat mulut…

Wajib ke bagi makanan pejal kepada bayi selepas 6 bulan..

Bila Aliff dah masuk umur 6 bulan, dah mula ada suara2 bertanya bila nak bagi Aliff makan..
aku just boleh kata "nanti..nanti.. sabor..sabor.."

Pastu ada pulak macam2 pendapat.. ada yg kata "anak lelaki ni tak boleh biar lapar..nanti nangis 'buah' die jadi besar (angin pasang)", " lelaki ni makan banyak, susu tu tak mengenangkan. tu setakat hilang haus ajer, kene bagi makan.."
ada jugak yg cakap "4 bulan dah boleh bagi makannn.., ok ajer.."

well, kebanyakan pakar kesihatan dan pakar penyusuan bersetuju, yang terbaik adalah untuk menunggu baby sehingga 6 bulan sebelum memperkenalkan makanan pejal. Dah banyak research dibuat tentang isu ni but maklumat ni masih tak sampai kepada semua parents. (kadang2 sampai but level nenek2 ni yg tak sampai lagi..).

Pada umur 6 bulan ni, kebanyakan baby dah bersedia utk diperkenalkan dgn solid food (but bukan paksa makan yer..hanya perkenalkan. if baby still reject, ikut saja..maknanya dia belum bersedia..)

Wa…

Aktiviti keluarga kami : Makan & makan.. =D

Salam & hi...okey ini cerita lama.. acik busy sikit lately.. semalam pun balik kol 8malam, nak stay lagi lama tapi takut dok sensorang kat level 10 ni.. (heh penakut rupenye aku ini..). tak sempat nak jenguk mailbox pun apatah lagi nak berblogging..selepas dah hantar report utk AKPT2010 tadi kat CPK tingkat 3 ni.. barule acik leh menarik nafas lega.. and baru ler sempat nengok tenet..

just nak tempek gambar masa birthday Tok Andak (makcik ummy). actually gambar mahalnya (pada ummy lah yer..) adalah gambar di bawah ni.. Husna tolong letakkan badam dalam chocolate mould.. Husna ni kadang2 ada time asek la tanya kat ummy, "bila nak wat kek".. kadang2 berhari2.. so weekend tu buat kek untuk Tok Andak. Tok Andak said "nak kek coklat, simple ajer, 2kg..".. ok, sebab deco bebas, ummy suka suki nak cuba buat compound chocolate je, bukan jenis yg kene tempering tu (couveture chocolate)..nanti ler ade masa nanti buatlah..kes malas =D..

Disebabkan Husna beria2 nak tolon…

Aliff Rayyan : New Look

Huhuhu... sadis gak nengok Aliff yg telah tiada rambutnya.. semalam my SIL datang dengan famili dia sebab daughters dia nak swimming.. (kitorang yg dok situ pun dah dekat setahun tak gi kolam renang tu =D).

My SIL and en.suami yang menjalankan aktiviti membotakkan Aliff. Btw, aku rasa sangat sangat ralat sebab aku tak tau pun diorang ade projek nak botakkan Aliff (tengah sibuk masak mase tu), tengok2 je dah halfway botak dah. Ntah bile masa en.suami decide nak botakkan Aliff, aku pun tak tau.. memang rasa tak best!!..

Aliff tak duduk diam gak la..mungkin sebab rimas+miang rambut melekat kat badan dia..



..ummy akan rindukan masa2 ummy selalu cium rambut Aliff.. :'(


Aliff Rayyan (before)

Aliff Rayyan (after)